Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2011

Jangan Membazir

Salam semua, Selain printer, nah ini lagi satu video yang kasi jimat duit. Bah apa lagi cuba try test.. Jaga-jaga luka masa buka bateri tu (^_^) :: PAUSE ::

Reset Dulu

Salam semua.... Masa buka youtube, terlihat pula video ini. Cuba kamu tengok.......tapi dalam bahasa inggeris... Mana tau berguna tips ni kan... aku pun lom cuba, teda printer ku... Just sharing je... Ok sampai sini dulu... Selamat mencuba (^_^) :: PAUSE ::

Lucu juga ni tapi betul pula ada

Salam semua.. Masa buat kerja rumah mencari nama pengarah filem..terjumpa pula nama pengarah ni... "Susumu Hani" Saya cari di wikipedia...ini linknya http://en.wikipedia.org/wiki/Hani_Susumu Postscript: Em....ada juga rupanya ya kes macam ni Sampai sini ja (^_^) :: PAUSE ::

Senja

Di suatu senja, Aku terlihat Kelibat sang pohon Mati di balik rumpun Ku datang kepada sang pohon Batangnya mati tak bernyawa Lalu ku selak Rimbunan bunga Aku melihat hijau daun bernyawa Di pangkalan batang Tegar berdiri  sepi dan sendiri Menunggu tiba senja yang sama Menghijau kembali Acil

Cadangan Perkongsian Maklumat

Salam semua, Hari ini saya mau kongsikan sedikit link daripada beberapa laman web yang selalu saya lawat. Boleh dikira sebagai cadangan saya kepada anda untuk mencuba. Saya selalu buka youtube untuk melihat tutorial mengenai sesuatu. Walaupun ada video yang kurang memuaskan namun asalkan selagi ianya memberi sesuatu kepada saya, then its ok. Free pula tu. (^_^) Didalam blog ini mengandungi pelbagai tips mengenai blog. Ini tak payah nak jelaskan kot Saya memilih hotmail sebagai urusan e-mail kerana warnanya cantik.  Laman web ini mengandungi computer gadget yang popular. Anda boleh download free. Laman ini juga dicadangkan kepada saya oleh kawan bernama Yusrif. Boonto ini adalah blog salah seorang kawan saya. Cantik blognya. Selain itu anda juga boleh tengok blog kedua sedara ini di alamat: http://iboonto.com/photography/ Baiklah sampai disini dulu entri kali ini.  Assalammualaikum dan selamat sejahtera. (^_^)  :: PAUSE ::

Teori Hermeneutik

                Teori ini bermula pada tahun 1900 apabila Wilhelm Dilthey menghasilkan sebuah esei yang bertajuk The Developments of Hermeneutics yang berpaksikan kepada teori pemahaman sejarah. Kemudian pada tahun 1927 Martin Heidegger telah menulis sekumpulan esei yang bertajuk Being and Time yang membincangkan pendapat beliau sendiri mengenai Hermeneutik.                 Teori ini berasal daripada perkataan Greek “ Hermeneuien” bermaksud menginterpretasi dan “ Hermeneia” secara harfiahnya bermaksud interpretasi. Dikatakan dibawa oleh seorang pembawa utusan pada zaman Greek iaitu “Hermes dan dikatakan Hermes adalah bertugas untuk menyampaikan pesanan Jupiter kepada manusia. Hermes yang digambarkan bersayap juga dikenali seagai Mercurius dalam bahasa Latin. Hermes akan menterjemahkan pesanan dai gunung Olympus. Jika dia salah tafsir ianya akan membawa bencana kepada umat manusia. Oleh itu, Hermes dikatakan mempunyai kemahiran menginterpretasi yang sangat tinggi. Pengertian Hermeneut

Photoshop

Salam Semua Hari ini saya belajar macamana mau guna fotosyop... Seronok juga rasanya semasa membuat ubah suai gambar. Sebelum ni memang pernah pakai juga,,,tapi semua cara salah.. Sekarang sudah tahu serba sedikit untuk menggunakannya, hati berasa gembira. Memang sebuah pengalaman yang baru...selepas ni mahu edit banyak gambar.... Apa yang kami belajar tadi ialah apa perbezaan gambar vector dan rester ...Vector tidak dipengaruhi pixel manakala gambar rester sangat mengutamakan pixel... Selain itu, baru tahu macamana mahu blend gambar gunakan blending option....Liquify juga merupakan tools favourite saya kerana kita boleh bikin bola mata jadi besar, dan bermacam-macam lagi... Ada banyak lagi tools-tools lain belum dicuba harap anda kongsikan bersama.... (^_^) :: PAUSE ::

Balik jalan kaki

Salam semua, Pagi ini terasa nyaman...Hujan renyai-renyai di luar. Ku lihat jam sudah 7.45am... Alamak kelas jam 8 pagi. Aku bergegas pergi mandi dan bersiap untuk ke kelas. Tapi, aku rasa sungguh pelik pagi ini, apabila sampai di perhentian bas, semua classmate tiada. Oh aku tertinggal bas la ni... Aku pun sms kepada lecturer, "Miss, I will be late, coz I miss the bus".... Suddenly bus coming, and I naiklah mcm biasa...Bila sampai dalam bas, aku rasa pelik kenapa saturang classmate pun tiada...adakah mereka yang tertinggal bas?... Mustahil satu kelas boleh terlepas bas. Aku pun mula terfikir... Apabila aku sms rakan sekelas, rupanya..... "CLASS CANCEL" Huh!...Buat penat aku ja....tepaksalah balik jalan kaki... Sekian, (-_-) :: PAUSE ::

"Rajinnya kawan I, Tangan di dada mata ke atas"

Salam semua, Hari ini nak konsgsikan suatu perkataan yang paling famous sekarang... '' Saya suka awak macam tu, Tangan didada Mata Ke Atas " Situasi ini tentu anda sendiri akan automaically akan tahu. Sebab ianya semakin menarik dilakukan di kalangan rakan-rakan sekeliling. Pada mulanya aku tak tahu apa maksudnya, tetapi setelah mencuba sendiri secara praktikalnya barulah saya faham rupanya ada kaitan dengan rancangan "Sentap" bertajuk budaya sindir menyindir... Rasanya anda tentu sudah menonton rancangan tu kan. So, hem nothing to say.... (There is something forever the close the fun and the for me and the cat and the close to you...) (^_^) :: PAUSE ::
Yang Hilang Hidup ini kau kata sebuah pencarian Mencari yang hilang untuk melengkapkan yang kurang Berterusan pencarian dalam kehidupan Mencari cari apa yang hilang Kerana hilang apa yang ingin dicari Jangan dicari kemana tuhan menghilang Tetapi cari kemana diri menghilang Jauh menjauh jauhi ilahi Tak sedar diri Sudah hilang tika mencari-cari Sebuah pengertian duniawi dan syurgawi Simpati ilahi kalau kau terus begini Mencari tuhan, diri yang hilang Tiada disangka oleh setiap insan Ditulis oleh, AcilKecik

Ada-ada saja bah kan...

La Meca Night Club Salam semua, pagi ni kawan saya Susanna Francais inform sama saya satu cerita pasal kelab malam di Spain. Kelab malam yang bentuk (mempunyai kubah) macam masjid... Mula-mula ingat masjid, sekali baca rupanya nightclub pula. Ini mungkin propaganda orang-orang tertentu lah bah ne kan..sebab nama pun "La Meca" Tapi kalau aku, aku tak marah lah juga melihat, sebab bentuk masjid tidak semestinya berbentuk macam tu kan. (kalau kita naik angin maksudnya menjadi lah mereka punya strategi ni kan. So buat de jelah...) Jika mereka mau buat macam tu suka hati mereka lah. Beritanya di link ni.... http://www.faithfreedom.org/features/news/spain-muslims-force-the-owners-of-a-nightclub-to-change-its-name/ So, apa kata anda? (^_^) :: PAUSE ::

Fivi Fest "Senima Siswa"

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Alhamdulillah hari ini kami berjaya jua melangsungkan Festival Pertama Kali diadakan berajuk Fivi Fest Sedikit Info mengenai Fivi Fest -Pertama kali diadakan di Sekolah pengajian Seni UMS -Venue : Theatrette Ahmad Nisfu - Masa: 9.00am-6.00 pm -Tarikh: 12 Mei 2011