Ahad, 31 Julai 2016

Sabah Zine Fest 2016

Assalamualaikum

Baru lepas menghadiri Sabah Zine Fest. Detail semua dalam poster di bawah:-


Penganjur: Benny Pangazou.

Sesuai dengan kata-kata poster ini, Zine dan Distro adalah Nyawa U/G Scene. Jika muzik underground sinonim dengan Gigs maka Zine adalah dokumentasinya. Apa yang di dalam zine  adalah maklumat berkenaan pergerakan muzik Underground. Di dalamnya pasti anda akan terbaca mengenai gigs terbaru dan Gigs yang sudah lalu. Ia ditulis mengikut citarasa penulis itu sendiri. Luahan, krtitikan dan bermacam-macam lagi. Selain itu, temuramah band-band yang membuat persembahan ketika gigs itu berlangsung psaya peninat  ada. Ia dicetak, kemudian diedarkan dengan harga RM2 - RM5.


Bukan setakat zine, turut dijual buku-buku baru dan lama yang rare, CD band-band tempatan,  patches, dan self printing T-shirt. Menariknya ia berkonsepkan 'jualan kaki lima' yang lebih mudah dan lebih 'nikmat'. Bagi saya sebagai peminat zine merasa lebih selesa begini.

Ada juga beberapa band yang membuat persembahan di sebelah dalam For A Rock Zone FARZ Studio.


Antara gambar yang berjaya di snap:-


 


P/S: Botol yang dipegang oleh S.k adalah bekas minuman Lime beli di kedai Kak Kiah. Dalamnya air mineral. Penulis yang bawa sebab minum air di botol kaca lagi best dari di botol plastik.

Baiklah. Kalau nak tahu lebih lanjut taip di google Facebook Sabah Zine Fest. Banyaklah keluar gambar selfie. Next timelah kamu pigi.

(^_^)v