Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2016

Buku dan Kritikan dalam Seni

Pandangan ini dikhaskan buat penulis baru. Bukan pada umur, tapi baru mula menulis.
Buku itu perlu untuk dikritik. Kenapa? Sebab kalau tidak dikritik ia hanya akan tinggal di rak buku saja. Tanpa ada orang yang mahu mengkaji atau membincangkan lebih dalam mengenainya. Walaupun buku itu bagus.
Siapakah Pengkritik? Pengkritik tidak semestinya intelektual. Pastinya, pengkritik adalah seorang pembaca yang teliti. Tidak kisah pada latar pendidikannya. Dia orang awam juga boleh mengkritik.
Apa itu kritikan? Kritikan ialah penimbulan kesalahan dan kebetulan isi kandungan karya. Tidak semestinya penulisan. Lukisan, teater, filem, muzik, tarian, dan kebudayaan lain. Seorang pengkritik akan membuktikan kesalahan yang dilakukan. Membuktikan keindahan yang dilakukan. Kemudian memberi saranan yang terbaik. Samada, kesalahan atau kebetulan yang dibuat itu sesuai atai tidak. Melalui cara ini, penulis dengan mudahnya mengenal pasti kelemahan dan kekuatannya. Melalui kritikan ini juga secara tidak lan…