Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2011

Idea dan Sangkaan

Kreativiti bersangkut dengan proses kreatif. Dalam penghasilan idea kreatif memerlukan langkah-langkah tertentu. Memang boleh melakukan sesuatu yang kreatif dalam masa yang singkat. Cuma adakah ianya layak untuk dinilai jika penilaian kreatif itu berdasarkan bagaimana proses penghasilan idea itu sendiri.           Seseorang individu memerlukan daya pemikiran yang keluar dari kotak. Jika masih berpandukan garisan atau satu rujukan yang biasa maka idea yang terhasil juga biasa. Idea sebegini boleh memberi suatu kesedaran kepada golongan normal terhadap sesuatu. Menggunakan peralatan yang biasa kepada mereka tetapi memberi impak yang luar biasa. Sekiranya kita melihat arca-arca, lukisan-lukisan dan catan yang dihasilkan oleh pelukis. Sambal belacan tambah dengan gula dan bawang juga merupakan satu idea kreatif.           Tidak dinafikan bahawa idea kreatif memerlukan rujukan. Samada rujukan itu biasa atau sesuatu yang luarbiasa bergantung kepada si pembuat. Menjadikan biasa kepada luarbi

Hari-hari Terakhir

Kehadapan saudara/i yang berada disana. Semoga seihat hendaknya. Suadara/i sihat ke?. Maaflah dah lama tak hantar surat kepada saudara/i di sana. Aku sibuk sekarang. Banyak hal mau diselesaikan. Ni nak ambil masa nak menulis surat kepada saudara/i. Walaupun sekejap saja. Akhir-akhir ni hujan turun dengan kerap. Membuatkan mata rasa mengantuk dan baju habis basah. Rumput pula semakin hijau dan segar. Jalan raya menjadi hitam dan berkilat berbanding kelabu dan kasar sebelum ini. Air bertakung di banyak tempat. Tanah menjadi lumpur kerana air yang bertakung itu. Disini sekarang berlangsung tamu gadang. Banyak gerai menyediakan makanan yang sedap-sedap. Tapi itulah harganya mahal sangat. Akhirnya makan di bilik jua. Tetapi ada juga yang murah. Baiklah aku nak buat kerja dah. Nanti aku tulis lagi ye..Babai. Yang Benar, Acil

Buat Saudara dan Saudariku

Salam, Kehadapan saudaraku disana. Harap sihat hendaknya. Alhamdulillah aku baik-baik saja. Warkah kali ini hanyalah untuk memberi saudara dan saudari sebuah sajak bertajuk "Semai dan Tuai" . Sajak ini aku tulis buat tatapanmu kembali. Ianya mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat. Ku suratkan siratan ini di warkah kali ini. Semai dan Tuai Cukupkah semaianku Cukupkan semaianmmu Baik jua semaiannya Baik jua tuaiannya Semaian itu tidak lama Tuaian itu selama-lama Awas semaian dari perosak Kalau perosak dibiar membiak Semaian mana yang tidak rosak Semailah semua sebanyaknya Supaya dapat dituai selama-lamanya Perosak cuma dapat dikurang Kurangkan perosak sebanyaknya Supaya banyak hasil tuaiannya Jika kita lalai menjaga semaian Hasil tuaian berkurangan Bila ditimbang kurang amalan Tak cukuplah semaian Tak cukuplah tuaian Sia-sia semaian Menyia saja Tuaian. Nukilan, Acil Itulah dia sajaknya. Maaf saja jika saudara/i tidak menyukainya. Ianya sekadar