Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2016

Santapan Tubal Vol 3

Tarikh: 3hb September 2016 (Sabtu)
Masa: Selepas Magrib
Tempat: Laman Seni

Objektif.
Membantu golongan-golongan yang memerlukan.

Misi
Ingin membudayakan fikiran terbuka kepada masyarakat.

Visi
Menerapkan nilai-nilai kemasyarakatan.

Bahan Persiapan Makanan
Beras 5kg
Bawang Merah/Putih
Garam/ajinamoto
Sayur Kobis
Ayam
Sos chili
Ketchup Manis
Udang kering
Tomato
Air
Tapau (anggaran 100 tapau)
Sudu plastik untuk tapau

Budget
RM200

Peralatan Penyediaa
Kuali
Rice cooker
Pisau
Sesaban
Dapur/Gas
Senduk Kuali
Topless

Time Table
-Kutipan terakhir untuk sumbangan: 28 Ogos 2016
-Kepada yang ingin menyumbang makanan, sumbangan bolehlah dibawa pada tarikh projek Santapan Tubal dijalankan.
-Program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat.
-2 September 2016, segala bahan keperluan hendaklah diperlengkapkan.
-3 September 2016, (Pagi) Persiapan awal harus dilaksanakan.
-Diharap semua saudara Tubal Chetak dapat beri kerjasama.

Pengarah
Mohd. Rusdien Simeran

Crew
Tubal Chetak


Kerjasama
Karma
Tapuk-Tapuk
Be…

Bukan Johan Raja Lawak

Assalamualaikum,
Ini bukan Johan Rajalawak. Tapi ini cerita Johan Hj Baba. Tapi, mana syok terus cerita. Dari awallah kan.
SIFF sudah, Khalifah sudah. Sekarang Wafiy. Seorang lagi anak seni kelahiran Sabah dari Ceria Pop Starz Astro Ceria.
Kelmarin (30 Julai 2016) dijemput ke Rumah Terbuka Hari Raya di rumah sepupu. Norman, sepupu dua kali (Mama kami bersepupu sekali), merangkap ipar sahabatku Mahathir.

Acara yang bermula dari jam 2 itu dihidangi dengan juadah yang semua sedap-sedap. Basically nasi campur dan soto. Air cendol dan air limau. Lauk antara yang menjadi pilihan ikan bakar, ayam masak merah, ikan masin tumis sambal, udang masak merah dan yang paling penting tu sambal mambangan. Fuh, sedap. Sementara orang makan, ramai pengunjung yang berkaraoke.
Tidak lama kemudian, muncullah keluarga Wafiy. Apa lagi masa ni dia menjadi tumpuan kanak-kanak dan juga orang dewasa. Nama penuh : Mohd Wafiy Khan Johan
Nama panggilan : Wafiy
Kerjaya : Pengacara Ceria Superstar Extra, Penyanyi Ceri…

Festival Bagandang Beaufort 2016

Assalamualaikum.
Baru saja kelmarin update blog mengenai SIFF. Hari ni mengenai Pesta Bagandang Beaufort pula. Bagandang ini diambil daripada acara bermain alat muzik tradisi kulintangan. Selain itu berlangsung juga Beaufort Vintage Festival hasil usaha pengusaha-pengusaha bundle Beaufort. Inilah sebenarnya niat sebenar aku nak pergi. Mencari baju atau pakaian terpakai. Manalah tahu jumpa yang murah-murah.
Kami dah pergi, kamu sudah?


Sempat juga rembat Kebab Ayam dan Mickey Mouse
Meriah acara ni sampai tak sempat nak ambil gambar suasana ketika itu. Hihi. Pesta Bagandang tidak pasti bila tapi Vintage Festival ini berlangsung selama lima hari dari 27-31 Julai 2016. Kemeriahan ini diserikan lagi dengan persembahan dari kumpulan Khalifah. Abang (Vokalis) yang diketahui ramai berasal dari Kudat mengatakan bahawa kampung asal beliau juga dari Beaufort. Cuma, membesar di Kudat. Kumpulan Khalifah sekarang terkenal dengan lagunya 'Hang Pi Mana'. Abang sempatmenceritakan sedikit mengen…

Sekitar Sabah International Folklore Festival (SIFF)

Assalamualaikum
Semalam pergi ke Dewan Penampang. Pergi Sabah International Folklore Festival (SIFF). Banyak negara yang terlibat. Di bawah ni antara yang kami sempat tengok. Penilaian 5/5 bintang dari sorakan penonton. Hairannya SIFF ni tak ramai yang tahu, Bukan international ke ni?
Sampai ja di sana terus bergambar di backdropnya:-

Korea Selatan
Sorakan 5 Bintang
Penari semua wanita dan menggunakan pakaian tradisional berwarna merah. Berlatarbelakangkan Sakura dan Istana lama. Setiap kali penari berpusing serentak tu mesti dapat sorakan dari penonton.
Sri Lanka Sedikit hambar
Sorakan 2 Bintang
Sri Lanka ni aku balik-balik teriak tak seragam. Ada yang lupa langkah. Budak-budak umur 10 tahun menari kot.
Yakutia Russia sedikit Rancak
Sorakan 3 Bintang
Dimulakan dengan tayangan video kampung halaman mereka. Penuh dengan ais salji. Ada video orang tangkap ikan dengan melubangkan ais. Ada gambar gadis Russia bermain salji dan dibalik batang pokok mati. Yang hairannya rambut hitam bukan blonde Ty…

3 Status Jangan Buat

1) Mendedah
Tak naklah cerita pasal dedah aurat. Aku bukan tahu hukum. Aku maksudkan mendedahkan kelemahan diri atau insan tersayang. Tak kisah secara terus atau berlapis. Orang boleh baca tu. Biasanya berlaku kepada golongan "isteri", dan budak-budak sekolah. Mereka terlalu stress dan tidak tahu hendak meluahkan kepada siapa-siapa. Lepas tu, dah dedah tag pula nama suami. Adoi, takkah senang ja orang teka rumahtangga anda bermasalah. Biasa berlaku bila quote tentang suami isteri mulalah si isteri tadi mentag nama suami masing. Ish, tak payahlah kakak-kakak sekalian. Kalau nak cakap terus terang dengan penuh menggoda. Suami pun suka dan akan akur. Inilah masanya nak menggoda suami anda dan beri nasihat dengan cara yang menggairahkan. Betul tak para suami? Kita bukan budak kecil kan. Tapi, yang budak sekolah tu jangan pula nak sibuk ikut menggoda bf gf kamu tu. Cubit tinga kang...
2) Mengongsi Lokasi

Ni lagi satu. Suka sangat mengongsi lokasi. Biasanya akan tulis 'Check In…

Dari Hujan Ke Lukisan

Berniaga Hujan

Bangun awal pagi menjual nasi lemak. Hari ni ada tambahan Nasi Kuning. Biasalah pagi-pagi yang bekerja tak sempat masak. Senang beli saja. Ada yang beli untuk di makan tengahari. Buka dari jam 6am-9am. Biasanya 7,30am dah habis makanan.
Nasi Lemak RM2 sahaja. Nasi Kuning pun RM 4 sahaja
Menyelam Buku Inilah aktiviti sihat yang menjadi kemarukan dalam diri ini. Dengan cuaca yang sedikit mendung aku pun pergilah bersiar-siar mencari kedai buku. Bolehlah dapat beberapa buku. Antara yang syok majalah ni:-



A L O N G Along. Macamana menggamit memori kan?
Beli Barang Jualan Selepas penat bersiar-siar, aku pun pulang ke rumah kerana perlu membeli barang jualan bersama isteri dan anak tercinta. Tiba-tiba Cegukol berkirim susu kambing. Akupun cakap boleh. Kebetulan memang nak ke Sunny Supermarket.


Penghantaran Selepas semuanya sudah dibeli, kami pun pulang ke rumah. Hajat hati ini mahu berehat. Memandangkan cuaca semakin gelap, susah kalau gerak di dalam malam hujan. Aku teruskan per…

10 Tajuk Kerap Dicari

Assalamualaikum
Oleh: M I Fitri
Setelah bertungkus-lumus berpeluh menghias semula blog, baru perasan sudah enam tahun blog ini wujud. Bermula dari May 2010 hingga Julai 2016. Suatu kepuasan buat penulis. Sebenarnya saya mula blogging dari 2008 lagi. Oleh kerana blog itu terlalu semak kerana baru mencuba-cuba menggunakan javascript. Akhirnya, ia terpaksa dipadam kerana mengandungi virus. Tiada ada apa-apa pun dalam blog lama itu.
Setelah menyambung pengajian di universitilah saya banyak mengemaskini blog. Pertama, aktiviti ketika itu terhad. Kedua, merasa bosan. Ketiga, cabaran utama krtika itu adalah sambungan internet. Dengan gigih menggunakan wifi kampus yang kekuatan satu bar. Pengguna seramai lebih 5,000 orang mahasiswa. Memuatnaik gambar berukuran sederhana saja mengambil masa setengah hari. Telefon bimbit pula ketika itu hanya GPRS. Sungguh tidak disangka!
10 Entri Kerap Dicari

Itulah yang menghairankan, setelah internet sampai ke generasi keempat (4G) semakin malas pula mengupda…

Gema Akustika dan Malam Puisi

Assalamualaikum
Acara santai Malam Puisi Aidilfitri telah berlangsung pada 26 Jun 2016 di Strum Central, Warisan Square Kota Kinabalu. Menampilkan lima orang pemuisi (sila lihat gambar). Ia dilaksanakan dengan kerjasama tiga pihak iaitu Macam-Macam Music dan Tubal Chetak dan penaja lokasi Strum Central. Menurut Aphik, penganjur program ini akan diteruskan sebulan sekali. Dengan hanya perlu membayar tiket sebanyak RM5 setiap pengunjung disediakan minuman.


Program kedua akan berlangsung pada 31 Julai 2016 di lokasi yang sama. Bezanya, kali ini sebelah petang diadakan Gema Akustika dan malam diadkan Malam Puisi. Berikut merupakan poster terkini:-

Anda semua dijemput hadir. Terutamanya kepada mereka yang selalu pergi ke Centre Point. Apa kata kali ini kita ubah selera dan beramai-ramai menikmati puisi yang dikatakan sungguh puitis ini. Belum cuba siapa tahu. Mungkin anda orang yang memiliki bakat terpendam. Serlahkan bakat anda di sana nanti. Jumpa di sana!

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics Di Mialiana.com

MINYAK WANGI BRAVEHEART

Braveheart merupakan minyak wangi lelaki khusus untuk memberi motivasi golongan ini supaya berani berhadapan dengan kehidupan, kenyataan dan segala kemungkinan.
Ia tampil menguasai seluruh jiwa pemakainya. Membangkitkan iltizam seorang lelaki  yang sempurna. Haruman penuh imaginasi. Gandingan aroma anggur yang menggiurkan, membawa mesej tersendiri pada diri pemakai. Haruman ini membawa dimensi baru untuk lelaki urban yang masih tersimpan ke jiwa kedesaannya. Ekstrak anggur, musk dan casmerewood memberi percikan nota-nota haruman yang penuh maskulin dan ikonik.
Komposisi segar ini mampu memperkasakan penampilan jejaka yang memakainya. Gabungan ramuan inilah yang diperlukan setiap lelaki hebat dalam misi berinspirasi. Lelaki di sebalik Braveheart berjiwa pelindung, gagah, penuh wibawa dan kekal romantik.


MINYAK WANGI SWEETHEART

Haruman yang telah memukau ribuan pencinta dan pengumpul minyak wangi. Diinspirasikan dengan bau tumbuhan dan boleh dibawa solat.
Sweethe…

Sekadar Renungan: Ada Sesuatu Tentang Hujan

Ramai yang menikmati suasana selepas hujan. Ada yang dengan secawan kopi. Dan aku menikmatinya dengan sebuah kamera. Merakamkan suasana indah itu untuk dinikmati ketika terik. 
Basah. Semestinya. Selalu kita mengelak daripadanya. Tidak mahu terkena basahnya yang tidak menyelesakan.
Proses pemejalwapan membentuk awan. Kandungan wap tidak lagi terbendung, menjadi hujan. Menyegarkan hidupan bumi. Pepohon kelihatan lebih hijau dari selalu. Jalan seperti cermin menyerlahkan lagi bebayang alam. Gelisah ketika hujan tadi beransur hilang. Isyarat untuk melakukan aktiviti rutin. Ada sesuatu yang ingin disampaikannya. Tapi apa?
Jiwa yang diliputi radang kini diselimuti kedinginan. Itulah sebabnya aku selalu bertanya pada hujan, bila lagi kau akan datang? Tidak juga aku menginginkan hujan yang lebat selalu hadir. Sekadar ingin merasai seberapa banyak yang boleh, kenyamanannya selepas hujan.
Berbahagialah dengan hujan!
(^_^)v

Pomade 20's, Ducktail, Pompadour dan Quif

Assalamualaikum.

Pommade
Menurut wikipedia  pommade berasal dari perkataan French. Bermaksud salap. Salap adalah sejenis ubat lebam untuk mencegah kuman. 
Salap adalah , likat , penyediaan homogen separa pepejal, yang paling biasa yang berminyak , minyak tebal (minyak 80 % - air 20 %) dengan kelikatan yang tinggi, yang bertujuan untuk aplikasi luaran untuk kulit atau membran mukus
1920's
Pada tahun 20-an ia menggunakan bear fat (Lemak Beruang) atau lard, Lanolin (gris bulu), beeswax (lilin lebah), dan petroleum jelly (jeli petroleum). Antara jenama terawal ketika itu ialah Murray's Superior Pomade. Berbanding gel dan semburan, Pommade tahan lebih lama, berkilat dan rapi. Sehingga perlu mencuci beberapa kali untuk menghilangkannya.

Stail Rambut

Stail rambut yang menggunakan Pommade ialah ducktailpompadour, dan quiff.





Pandangan Peribadi Secara peribadi saya kurang meminati Pommade untuk digunakan ke atas rambut kerana kesukaran untuk membersihkannya. Selain itu, bahan yang digunakan a…

Kritik, Kutuk dan Saran

Assalamualaikum
Oleh: M I Fitri
Mengkritik buku itu bukan mengutuk. Perkara ini sangat penting dan ditekankan di sini. Kita faham, kritik ini menggunakan perkataan yang pedas-pedas. Supaya pengkritik itu nampak wibawanya. Maaflah, perkara ini saya tidak bersatu tuju.
Kritik itu bukan perlu tajam, tapi tepat. Dalam sebuah karya tepat dikeluarkan di baris dan ayat mana. Ia sangat memerlukan masa yang panjang. Lebih-lebih lagi kalau karya itu sudah tersebar dan ramai yang membacanya. Jadi, jika seseorang itu mengkritik dan tidak punya masa yang panjang. Itu sekadar membincangkan. Kritikan itu sangat diperlukan untuk penambahbaikan karya itu sendiri. Manakala perbincangan pula tidak begitu. Ia tidak terikat kepada karya. Mungkin perbincangan membincangkan hal-hal lain di luar lingkungan. Kritikan yang bagus adalah yang disertai dengan saranan.
Kutuk pula adalah menghina. Penghinaan bermaksud sengaja mengatakan keburukan untuk menjatuhkan. Bukan untuk membina. Ini kita harus faham terutam…

Gelisah dalam Puisi

Oleh: M I Fitri
Tulislah Gelisah Pada Takdir Indah
Kerana kegelisahan hidup itu berdiri di seberang ketenangan dan kedamaian yang disimpan ole kerinduan dalam diri sendiri. Merasa gelisah selalu, dalam mencari takdir damai kerana pintu bahagia dan ketenteraman itu amat banyak tak terbilang kesulitan perjalanan hidup saban minit, kian baru. Merasa senanglah selalu! Merasa tenteramlah! Atas takdir kegelisahan
Don
Kegelisahan itu mendorong bekarya. Jiwa yang berada dalam ketenangan tidak terdorong. Menyebabkan si penulis tidak tahu mahu meluahkan apa. Memang benar puisi adalah luahan hati, tapi tidak semua luahan hati adalah puisi.

Berdasarkan puisi yang disiarkan di Utusan Borneo Ahad 24 Julai 2016. Dua orang penulis Jali Jofri dan Gabriel Kim. Masing-masing berasal dari Batu Pahat dan Labuan. Saya pernah bertanya Abd Naddin Shaidin, kenapa akhbar tempatan menyiarkan puisi orang luar? Adakah kita tidak memiliki penulis berkebolehan?
Apa-apa pun, jika dilihat kedua pengkarya ternyata puisi Jali Jof…

Kembali Menulis

Assalamualaikum.

Apa khabar kepada mereka yang masih mengunjungi blogku ini. Sesungguhnya, blog ini bermasalah diserang virus. Entah aku pun tak pandai macamana mau menyelesaikannya.

Banyak perkara telah berlaku. Sebenarnya selama ni aku tengah sibuk menghidupkan kumpulan aktivis Tubal Chetak. Mencari bakat-bakat baru cerpen, novel dan puisi lalu diterbitkan menjadi buku. Alhamdulillah setakat ni sudah ada lima buah buku telah kami terbitkan. Masih dalam pemperosesan pula ada tiga manuskrip.

Semalam, baru lepas menghadiri majlis rumah terbuka DBPCS. Seronok juga sesakali dapat bertemu penulis-penulis mapan. Betul, dalam penulisan kadang kita bertekak tapi itulah di luar kita kawan. Professional.

Petang ni pula ada diskusi buku bersama Loq bukunya Lastik. Ingat temujanji kita jam 2 petang di Restoran Brunei Satay House Asia City.

Apa-apa pun nanti aku update aktiviti yang akan kami buat.

Aktiviti yang sudah dilakukan:-

1) Bedah buku
2) Diskusi Buku
3) Santapan Tubal
4) Bedah Lirik
5) Bongka…