Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2014

Malam Hari Tiga MH3

Assalamualaikum Agak lama jari ini tidak mengetik papan kekunci. Hari ini mahu bercerita mengenai Program Malam Hari Tiga selepas ini saya panggil MH3. Program ini merupakan sebuah program minguan Ikatan Penulis Sabah, diketuai oleh Ketua Satu IPS sendiri iaitu Abang Hasyuda Abadi dan Ketua Dua Abang Naddin. MH3 yang santai tetapi memberi impak besar kepada diri penulis. Seperti yang dikatakan sendiri oleh K1, kecil tetapi memberi hasil yang besar. Ia memberi penulis garis panduan dalam penulisan. Khususnya penulisan kreatif. Bukan setakat itu, tetapi kepelbagaian isu yang dikupas membuatkan penulis lebih matang dalam mengarahkan mata pena. Hakikatnya, MH3 pada pendapat penulis wajar diteruskan untuk memimpin para penulis baru.