Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

Ok otw mulih ke buput sama si...

Berita terkini

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera ke kamu.
Sudah lama tidak meninta di dalam ruangan ini kerana kesibukan mencari rezeki. Ketika diri terasa ringan sedikit, barulah jari mula meniti papan kekunci satu persatu.
Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat ilahi atas segala limpah kurnianya. Pada 18hb Mei 2013 lalu telah berlangsung satu peristiwa yang sangat bermakna dalam diriku. Aku telah bertunang dengan Nurul Ain Safwanah Bte Sulaiman. Semua ini adalah anugerah dari Allah. Maha suci Tuhan Semesta Alam. Aku sangat bersyukur atas nikmat yang diberikannya. Niat murni yang telah kami rancang bersama akhirnya menjadi kenyataan. Terima kasih juga kepada tunang buah hati kesayanganku, Ain kerana tanpa usahanya majlis ini tidak akan menjadi. (Abang sayang Ain sangat-sangat.). Tidak lupa kepada Kakak Ejah dan Kak Siti yang telah memberikan suatu kenangan yang indah semasa majlis pertunangan kami. Mereka telah menghias sebanyak lima (5) dulang hantaran yang amat bermakna.…