Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2014

Warkah Ramadhan

Assalamua'alaikum Kepada semua pembaca dan rakan blogger. Alhamdulillah akhirnya tetamu besar Ramadhan datang bertandang. Masih sempat rasanya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak yang telah masuk hari ke 10. Tentu ramai yang mempunyai perancangan sendiri ketika ramadhan ini. Tidak kurang juga kepada saya sendiri yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan setibanya Syawal nanti. Segala perancangan setakat ini Alhamdulillah berjalan seperti yang dirancangkan. Bermula dengan persiapan tempat tinggal hingga ke persiapan majlis persandingan. Segala yang kita rancangkan jangan kita lupa Allah juga merancang yang terbaik buat kita. Jadi, janganlah takut dalam melaksanakan perancangan. Resepinya adalah sentiasa berdoa. Dalam setiap doa itu menjadikan segala usaha kita yang terbaik (perancangan Allah). Sentiasalah bersyukur dan bersabar dalam membuat keputusan. Insyaa Allah, semuanya lancar. Ramai yang sudah menasihati saya bahawa rezeki selepas nikah itu dibuka lebih l