Langkau ke kandungan utama

Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca...

Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK...

Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah)

Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik"

Ya, saya setuju itu. Atukoi...

Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka.

Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah tampak similar dengan gelaran Sumandak.

Selain itu, sumandak-sumandak di Sabah juga mempunyai suara yang sedap...hehe..

Saya paling tertarik sumandak dari Tambunan Sabah yang memang sangat peramah.

Sumandak di Ranau pula saya tertarik dengan kepekatan loghat mereka yang sangat mencuit hati dan memberi satu perasaan yang penuh dengan kegembiraan. (tidak percaya? saya sarankan anda datang ke Sabah dan berjumpa sendiri dengan Sumandak)

Paling bagus kamu pigi masa Pesta Kaamatan, Pesta Kalimaran dan banyak lagi. UUYOO!!! banyak sumandak oo hehe...boleh cuci mata, bukan setakat cuci saja, boleh chat dengan sumandak lagi, Uhu memang syiok!....jangan lepaskan peluang, mari pigi Sabah...(hehe..promote sikitkan)

Tapi, diberi amaran bahawa jangan sesekali kasi "main-main" ini sumandak kerana mereka mempunyai satu adat yang diberi nama "SOGIT"

Sogit bermaksud denda yang diberi kepada pesalah yang melanggar peraturan dalam etnik Dusun

Jadi akhir kata, mengurat mengurat juga, tapi Sogit kena jaga, jangan sampai kena!!

Sumandak Ranau 
(Sumber: Bennyliew.com)

---space---

Sumandak Tenom
(copy url dari Flickr by eshark J)

---space---


Ah ne mcm Stacy....aku minat Stacy hehe
(Gambar dari Google aku search)

---spaceend---

Sampai sini dulu...

Jumpa lagi di lain Entri...

P/S: Pasang lagu ini semasa menulis entri ini..

(Sumandak-sumandak pun ramai menunggu, menari-nari lenggang Sumayau, Sekali melihat melepak kulitnya, saya Jatuh Cinta...lalalala....layan lagu Sayang Kinabalu)....

:D

-AcilKecik-
"Segalanya Tentang Perkongsian"

Ulasan

  1. tia cantik pun sumandak tenOm atu?? hehee

    BalasPadam
    Balasan
    1. hanya yg cantik saja nampak yg cantik2

      Padam
  2. No Name, sudah sia cakap, cantik itu bukan merujuk kapada paras rupanya seja, tapi budi bahasa...

    lagi, sia teda bah gambar butul-butul gambar sendiri. Sia mau ne ambil gambar sumandak Tambunan...heheh

    haha yang panting sumandak Bah!

    BalasPadam
  3. sy sumandak Ranau..hahaha

    BalasPadam
  4. Sorry late*..kalau suku rungus dipanggl sumuni bo :Dhe.he..

    BalasPadam
  5. Sorry late*..kalau suku rungus dipanggl sumuni bo :Dhe.he..

    BalasPadam
  6. Sorry late*..kalau suku rungus dipanggl sumuni bo :Dhe.he..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh Sumuni...nah tau suda aku...Makasih :D

      Padam
  7. sama2 daun tarap:D,,Bulan 5 nt plod pics unduk ngadau ya:D..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima Kasih atas komen yang anda berikan. Ianya amat berguna dan saya amat menghargainya.

Catatan popular daripada blog ini

7 Perkara Penting Dalam Business Pitching

source: http://pas-wordpress-media.s3.amazonaws.com/content/uploads/2015/09/PitchDeckTemplate-header.png 1) Masalah Nyatakan masalah yang bisnes anda akan selesaikan. 2) Bukti Kajian Tunjukkan bukti kajian satu persatu dan meyakinkan. 3) Pelanggan Terangkan target pelanggan anda kepada pelabur. 4) Model Bisnes Bukan Modal ya. Model. Maksudnya struktur bisnes anda. Dipanggil juga Business Model Canvas. 5) Choose Me Yakinkan pelabur untuk melabur dengan anda bukan orang lain 6) Starting Beritahu bila bisnes ini boleh start. 7) Kelayakan Tunjukkan kelayakan anda sebagai CEO dan yakinkan andalah yang paling layak.

Tarian Adai-Adai

Penghargaan Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya memberikan kekuatan dan keyakinan dalam menghasilkan kerja kursus yang pertama ini buat hambanya yang super lemah dan serba serbi kekurangan.Dalam menghasilkan sesuatu kerja kursus ianya suatu proses yang memakan masa lama untuk membaca dan memahami serta menghayati setiap naskhah buku,laman web jurnal atau petikan-petikan ensiklopedia.Justeru dengan rezeki yang diberikan oleh tuhan iaitu kesihatan tubuh badan faktor utama kejayaan penghasilan kajian ini.Tidak dilupakan kepada Puan Sri Ningsih yang banyak memberi tunjuk ajar dan ruang masa kepada para pelajarnya dengan penuh dedikasi dan tauliah.Semoga tuhan akan memberikan kesihatan dan rezeki yang berlimpah ruah kepada puan.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang membantu dalam penghasilan kajian ini.Terima kasih semua. Setiap semester pelajar-pelajar tahun 1 Seni Kreatif (HA11) akan membuat kerja kursus di bawah kod kursus CA10103 Sejarah Tari yang di