Langkau ke kandungan utama

Catatan

Ajari Aku Tentang Seni

  Aku tidak tahu. Semuanya. Tolong ajari aku. Pertama, seni itu halus. Di mana halusnya seni? Sedang aku lihat ramainya orang berkata lancang dalam karya sastera,  dikata jumud jika tulis dalam bahasa indah serta murni. Banyak juga pelukis terkenal, melukis lukisan ti dak elok . Ramai juga penyanyi lagu-lagu k asar lebih di ingati dari lagu melankolik yang cepat dilupakan. Jadi, seni itu haluskah?   Kedua, seni itu indah. Kebanyakannya ya. Tapi, konlflikku di sini apabila sains dan seni itu jauh. Jadi, jika seorang arkitek membina tama bunga tidak boleh dipanggil senikah? Tidak indah kah? Atau kalau seorang saintis pergi ke bulan memandang Bumi itu tidak indah kah? Tidak senikah? Jadi, ajari aku bagaimana mahu membezakan keindahan dalam seni dan sains itu. Aku sendiri tidak tahu apa itu seni. Bagaimana aku boleh mengatakan yang aku ini adalah seniman, karyawan, penulis, pelukis, aktivis. Aku bukan seniman. Tapi aku suka kepada seni. Salahkah? Tentu tidakka...

Mimpian Cetakan Kedua

Oleh: M I Fitri     Mimpian Cetakan Kedua Alhamdulillah. Terbitnya buku Mimpian cetakan kedua. Mimpian merupakan kumpulan 4 buah cerita dari tahun 2010. Awal Mei 2016 buku ini mula diterbitkan. Kini, ia dicetak semula untuk memenuhi permintaan. Cetakan pertama boleh dikatakan edisi terhad kerana cetakannya tidak banyak. Ini merupakan cetakan pertama   Mimpian Cetakan Pertama (Edisi Terhad) Terima kasih diucapkan kepada keluarga, rakan-rakan dan mereka yang terus menyokong hasil tulisan lokal. Buku ini dihasilkan tidak melalui mana-mana penerbitan terkenal. Tetapi melalui Tubal Chetak yang aktif mencari bakat-bakat baru khususnya di negeri Sabah. Tujuannya untuk mengangkat karyawan dan seniman negeri ini. Kepada mereka yang ingin memiliki buku ini boleh menghubungi saya sendiri di 0168051710 (Whatsapp).  Peringatan: Selain Beli Baca Buku, Tubal Chetak tidak memiliki mana-mana ejen penjualan individu ataupun syarikat. Pernah belaku pembeli ...

Resensi Buku Benawi-Aripin Said

Oleh: M I Fitri Benawi Aripin Said Dewan Bahasa dan Pustaka Cetakan Keempat 1990 Benawi anak yatim yang rajin sejak pemergian ayahnya. Tinggallah dia dengan ibunya berdua. Tetapi, jiran tetangga selalu membantu mereka, tidak pernah mereka merasa terasing atau sunyi.. Atas desakan inilah dia menjadi seorang budak lelaki mahir dalam kerja-kerja kampung. Menganyam ambung mengkuang, membuat kerja kayu, dan membuat peralatan menangkap ikan. Semua diwarisinya daripada ayahnya. Menurut Pak Kenalau, ayah Benawi seorang yang cekap dalam hal-hal sebegini. Begitulah suasana kampung Bera, hasil laut dan hutan akan ditukarkan dengan barang keperluan asas seperti baju gula dan beras.  Suatu hari datanglah Pak Banjar, seorang saudagar dari kampung seberang. Membawa barang dagangan untuk ditukarkan. Ketika itulah dia bertemu dengan Benawi. Pak Banjar mendapati Benawi seorang yang rajin dan berkemahiran. Apatah lagi Benawi pernah menyelamatkannya dari di sondol babi. Pak B...

Santapan Tubal Vol 3

Tarikh: 3hb September 2016 (Sabtu) Masa: Selepas Magrib Tempat: Laman Seni Objektif. Membantu golongan-golongan yang memerlukan. Misi Ingin membudayakan fikiran terbuka kepada masyarakat. Visi Menerapkan nilai-nilai kemasyarakatan. Bahan Persiapan Makanan Beras 5kg Bawang Merah/Putih Garam/ajinamoto Sayur Kobis Ayam Sos chili Ketchup Manis Udang kering Tomato Air Tapau (anggaran 100 tapau) Sudu plastik untuk tapau Budget RM200 Peralatan Penyediaa Kuali Rice cooker Pisau Sesaban Dapur/Gas Senduk Kuali Topless Time Table -Kutipan terakhir untuk sumbangan: 28 Ogos 2016 -Kepada yang ingin menyumbang makanan, sumbangan bolehlah dibawa pada tarikh projek Santapan Tubal dijalankan. -Program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat. -2 September 2016, segala bahan keperluan hendaklah diperlengkapkan. -3 September 2016, (Pagi) Persiapan awal harus dilaksanakan. -Diharap semua saudara Tubal Chetak dapat beri kerjasama. Pengarah Mohd. Rusd...