Langkau ke kandungan utama

Mimpian Cetakan Kedua

Oleh: M I Fitri
  
Mimpian Cetakan Kedua

Alhamdulillah. Terbitnya buku Mimpian cetakan kedua. Mimpian merupakan kumpulan 4 buah cerita dari tahun 2010. Awal Mei 2016 buku ini mula diterbitkan. Kini, ia dicetak semula untuk memenuhi permintaan. Cetakan pertama boleh dikatakan edisi terhad kerana cetakannya tidak banyak. Ini merupakan cetakan pertama

Mimpian Cetakan Pertama (Edisi Terhad)

Terima kasih diucapkan kepada keluarga, rakan-rakan dan mereka yang terus menyokong hasil tulisan lokal. Buku ini dihasilkan tidak melalui mana-mana penerbitan terkenal. Tetapi melalui Tubal Chetak yang aktif mencari bakat-bakat baru khususnya di negeri Sabah. Tujuannya untuk mengangkat karyawan dan seniman negeri ini.

Kepada mereka yang ingin memiliki buku ini boleh menghubungi saya sendiri di 0168051710 (Whatsapp). 

Peringatan: Selain Beli Baca Buku, Tubal Chetak tidak memiliki mana-mana ejen penjualan individu ataupun syarikat. Pernah belaku pembeli yang membeli dengan harga RM25 dan menjualnya semula dengan harga RM30.

Catatan popular daripada blog ini

Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca...

Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK...

Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah)

Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik"

Ya, saya setuju itu. Atukoi...

Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka.

Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah tampak simila…

Tarian Adai-Adai

Penghargaan
Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya memberikan kekuatan dan keyakinan dalam menghasilkan kerja kursus yang pertama ini buat hambanya yang super lemah dan serba serbi kekurangan.Dalam menghasilkan sesuatu kerja kursus ianya suatu proses yang memakan masa lama untuk membaca dan memahami serta menghayati setiap naskhah buku,laman web jurnal atau petikan-petikan ensiklopedia.Justeru dengan rezeki yang diberikan oleh tuhan iaitu kesihatan tubuh badan faktor utama kejayaan penghasilan kajian ini.Tidak dilupakan kepada Puan Sri Ningsih yang banyak memberi tunjuk ajar dan ruang masa kepada para pelajarnya dengan penuh dedikasi dan tauliah.Semoga tuhan akan memberikan kesihatan dan rezeki yang berlimpah ruah kepada puan.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang membantu dalam penghasilan kajian ini.Terima kasih semua.
Setiap semester pelajar-pelajar tahun 1 Seni Kreatif (HA11) akan membuat kerja kursus di bawah kod kursus CA10103 Sejarah Tari yang di…

Festival Bagandang Beaufort 2016

Assalamualaikum.
Baru saja kelmarin update blog mengenai SIFF. Hari ni mengenai Pesta Bagandang Beaufort pula. Bagandang ini diambil daripada acara bermain alat muzik tradisi kulintangan. Selain itu berlangsung juga Beaufort Vintage Festival hasil usaha pengusaha-pengusaha bundle Beaufort. Inilah sebenarnya niat sebenar aku nak pergi. Mencari baju atau pakaian terpakai. Manalah tahu jumpa yang murah-murah.
Kami dah pergi, kamu sudah?


Sempat juga rembat Kebab Ayam dan Mickey Mouse
Meriah acara ni sampai tak sempat nak ambil gambar suasana ketika itu. Hihi. Pesta Bagandang tidak pasti bila tapi Vintage Festival ini berlangsung selama lima hari dari 27-31 Julai 2016. Kemeriahan ini diserikan lagi dengan persembahan dari kumpulan Khalifah. Abang (Vokalis) yang diketahui ramai berasal dari Kudat mengatakan bahawa kampung asal beliau juga dari Beaufort. Cuma, membesar di Kudat. Kumpulan Khalifah sekarang terkenal dengan lagunya 'Hang Pi Mana'. Abang sempatmenceritakan sedikit mengen…