Di bawah Lindungan Kasih

Di bawah lembayung senja
seorang anak
menyelinap di celah-celah lorong hanyir kotaraya
mencari sesuap nasi
untuk mengisi
perut yang telah kosong berhari-hari.

Di dalam kelam malam
seorang perempuan
menjadi kupu-kupu
merayau-rayau mencari susu
untuk disuap pada anak
yang sedang dahaga di rumah lama menunggu.

Perempuan itu
yang tercedera jiwa dan raga
didera lelaki durjana
yang entah layak atau tidak
dipanggil suami atau ayah

Usman Ibrahim

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Adai-Adai

Sumandak!

Di Sebalik Potachips