Hati ini telah dilukai

Hati…
Mengapa sedih sering bermukim
Bertandang menyeringai meninggalkan kesan hempedu yang bukan sedikit…
Kejujuranmu sering menjadi persoalan…
Keikhlasanmu menjadi taruhan…
Kebahagiaanmu entah bila kan datang…

Hati…
Andai mampu diselami lautan perasaanmu
Andai kelukaan, kesengsaraan dan keperitanmu dirasai…pasti…
Tiada insan yang sanggup menabur arang menyala ke dasar sanubari itu…
Kerna…
Mereka tahu kau terlalu sukar untuk mengubati kesakitan yang ditanggung selama dirimu masih bernafas


by hand,,,
fyfa muse

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Adai-Adai

Sumandak!

Di Sebalik Potachips