Layak

Layakkah aku,
Memohon kesekian untuk kalinya,
Pada kekhilafan yang terulang,

Layakkah aku,
Mencari rahmat yang setitis,
Pada nikmat yang tak pernah disyukuri,

Layakkah aku,
Bertanya kau dimana,
Sedang aku tak pernah mencari-Mu,

Layakkah aku,
MencintaiMu setulus hati,
Padahal aku pencinta yang tak setia,

Tuhan aku ini manusia,
Dijadikan indah dalam hina,
diciptakan unggul dalam takbur,
Setiap cerita yang dicipta,
Ada noda hitam yang mengotori.

Nama Pena : eYna Junn

Ulasan

Catat Ulasan

Terima Kasih atas komen yang anda berikan. Ianya amat berguna dan saya amat menghargainya.

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Adai-Adai

Sumandak!

Di Sebalik Potachips