Pondan “U”

Aww...Aww
Itu sajakah ejekanmu
Itu sajakah gelaranmu untukku
Itu sajakah bisikanmu kepada kawanmu
Macam tiada saja ku mendengarnya

Hai lembut
Itukah cara sapaanmu
Wah kerasnya kamu lembutnya aku
Kamu orang kuat aku lelaki lembut
Persetan kamu nak cakap apa

Oi sotong
Wah berbudinya salammu
Geli aku mendengarnya
Oh kamu kan manusia
Aku haiwan

Hah
Apa sudah berlaku
Kenapa si jantan tidak berkokok
Kepaknya tak kembang
Tajinya patah
Di selangkah ke menara gading

Acil

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Adai-Adai

Sumandak!

Di Sebalik Potachips