Si Tempang

Kita persembahkan tarian yang berbeza
Di atas bumi yang sfera
Menuju destinasi
Nun jauh di sana

Rentak kakimu
Tidak seperti aku
Laju dan pantas tetapi berliku

Rentak kakiku
Tidak seperti kamu
Perlahan dan lambat tetapi lurus

Kau akan tiba dahulu sebelum aku
Kerna kau tabah mengharungi hidup

Aku akan tiba kemudian selepas kamu
Kerna aku tidak sabar mengalahkanmu

Di garisan penamat
Aku menjadi Si Tempang
Engkau menjadi Si Gagah
Kerna kau disayangi
Tuhan yang Maha Esa.

Acil

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Adai-Adai

Sumandak!

Di Sebalik Potachips