Si Tempang II

Walau ku tempang
Tapi ku gagah
Mengharungi hidup tak pernah bertuah
Malang menghalang
Bukan penghalang
Berjalan di atas landasan hidupku

Walau ku tempang
Tapi ku berdiri
Mengangkat beban nasibku sendiri
Beban banyak
Jangan dielak
Memijak duri menembusi kaki

Akulah si tempang
Gagah berani
Dalam menempuhi ranjau onak duri
Tak pernah gentar tak pernah lari
Bahagia dipinta di kemudian hari

Acil

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Adai-Adai

Sumandak!

Di Sebalik Potachips