Langkau ke kandungan utama

Pengenalan Cerpen

Cerpen adalah singkatan daripada perkataan `Cerita’ dan `Pendek’.Cerpen Melayu dikatakan pada mulanya adalah cerita yang disampaikan secara lisan atau bercerita oleh golongan tua masyarakat Melayu.Namun tiada siapa yang tahu masa mulanya cerpen disampaikan dalam bentuk lisan.Sesetengah orang berpendapat bahawa titik mula cerpen dalam bentuk lisan ini apabila masyarakat Melayu sudah berkeluarga,berbahasa dan bermasyarakat.Oleh yang demikian,cerpen ini berkembang apabila berkembangnya tamadun dan masyarakat Melayu.

Selain daripada tradisi lisan,terdapa juga tradisi tulisan dalam perkembangan cerpen.Tradisi ini adalah perkembangan daripada tradisi lisan itu sendiri.Ianya muncul apabila masyarakat Melayu sudah mengenali aksara dan mahir akannya.Walaupun tradisi tulisan mula mengambil alih,tradisi lisan itu tidak hilang.Setelah wujudnya alat percetakan dalam kebudayaan tradisi Melayu,tulisan menjadi semakin popular.

Secara amnya,kedua-dua tradisi ini termasuk dalam bidang seni.Namun masih dibahagikan kepada dua seni cerita iaitu tradisi lisan dan tulisan.Dalam kedua-dua seni ini mempunyai perbezaan dari segi tempohnya.Cerpen berbeza daripada cereka kerana cereka lebih panjang seperti novella dan novel.Jumlah perkataan cerpen adalah sekitar 200-7500 patah perkataan.Masyarakat Melayu amnya mempunyai dua cara yang berbeza dalam penyampaian cerita itu sendiri.Kaedah pertama dilakukan secara tidak formal.Persembahan cerita ini kebiasannya dilakukan oleh ahli keluarga dan sahabat handai.Manakala kaedah yang kedua ialah secara rasmi yang dilakukan ketika upacara membaca cerita seperti mengadakan kenduri,ketika menunggu tuaian atau selepas tuaian.
Konsep Cerpen Melayu....

Tiada suatu yang jelas mengenai konsep atau definisi khusus tentang cerpen dari awal kemunculannya di Tanah Melayu.Pengarang-pengarang pada masa lalu juga tidak memahami konsep cerpen kini yang di karang mereka pada masa itu.Menurut Othman,1983:157 Apa yang dapat disaksikan dan terlaksana dalam masyarakat Melayu sejak zaman- berzaman ialah wujudnya bentuk bercerita.Secara tegasnya,bentuk bercerita itu wujud sejak zaman sastera rakyat dengan cerita-cerita lipur lara atau cerita-cerita jenaka yang penceritaannya disampaikan secara lisan.

By,
Acil

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca... Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK... Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah) Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik" Ya, saya setuju itu. Atukoi... Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka. Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah ta

7 Perkara Penting Dalam Business Pitching

source: http://pas-wordpress-media.s3.amazonaws.com/content/uploads/2015/09/PitchDeckTemplate-header.png 1) Masalah Nyatakan masalah yang bisnes anda akan selesaikan. 2) Bukti Kajian Tunjukkan bukti kajian satu persatu dan meyakinkan. 3) Pelanggan Terangkan target pelanggan anda kepada pelabur. 4) Model Bisnes Bukan Modal ya. Model. Maksudnya struktur bisnes anda. Dipanggil juga Business Model Canvas. 5) Choose Me Yakinkan pelabur untuk melabur dengan anda bukan orang lain 6) Starting Beritahu bila bisnes ini boleh start. 7) Kelayakan Tunjukkan kelayakan anda sebagai CEO dan yakinkan andalah yang paling layak.