Sayembara Jannatul Firdausi

Tawakkal Insani
Kerekau imannya, kerekau taqwanya, kerekau redha-Nya
Setentang kepikunan usia
Namun masih jua
Sekeping hati yang suci di nodai
Diisi penuh kemungkaran duniawi

Masa mu telah suntuk
Jangan lagi pandang belakang
Hidup suburkanlah tanaman yang kau bajai
Perbanyakkanlah doa
mentakhlikkan dirimu pemenang
Mengapa perlu kau mentaksiskan keindahan
Tamanmu yang kian hodoh

Wahai manusia
Kembalilah ke sayembaramu
Putihkan semula noda-noda hitam yang melekat di hatimu
Perancakkan langkahmu menggarap tarian indah
Untuk kau persembahkkan pada hari Kemenangan
Sesungguhnya akhirat itu pasti datang!


Acil

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Adai-Adai

Sumandak!

Di Sebalik Potachips