Langkau ke kandungan utama

Tarian Adai-Adai

Penghargaan
Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya memberikan kekuatan dan keyakinan dalam menghasilkan kerja kursus yang pertama ini buat hambanya yang super lemah dan serba serbi kekurangan.Dalam menghasilkan sesuatu kerja kursus ianya suatu proses yang memakan masa lama untuk membaca dan memahami serta menghayati setiap naskhah buku,laman web jurnal atau petikan-petikan ensiklopedia.Justeru dengan rezeki yang diberikan oleh tuhan iaitu kesihatan tubuh badan faktor utama kejayaan penghasilan kajian ini.Tidak dilupakan kepada Puan Sri Ningsih yang banyak memberi tunjuk ajar dan ruang masa kepada para pelajarnya dengan penuh dedikasi dan tauliah.Semoga tuhan akan memberikan kesihatan dan rezeki yang berlimpah ruah kepada puan.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang membantu dalam penghasilan kajian ini.Terima kasih semua.
Setiap semester pelajar-pelajar tahun 1 Seni Kreatif (HA11) akan membuat kerja kursus di bawah kod kursus CA10103 Sejarah Tari yang diajar oleh puan Sri Ningsih Sukirman.Melalui kursus ini saya mendapat masalah dalam mencari bahan yang diperlukan seperti sejarah tarian,abjad tarian,struktur tarian dan pakaian tradisi serta alat solekan.Maklumat-maklumat yang saya perolehi kebanyakannya daripada laman web.Hal ini juga buku-buku yang saya cari di perpustakaan tiada terdapat kerana telah dipinjam atau dialihkan ke tempat lain.contoh buku yang saya cari ialah seperti Asmad. Kesenian Tari. Melaka : Associated Educational Dist., 1990.Selain itu,kekangan masa juga menjadi salah satu masalah dalam membuat kerja kursus ini.Buku-buku ini juga berada di tempat Wisma Kebudayaan Sabah yang terletak di Kota Kinabalu.Oleh kerana kekangan masa yang menghimpit,saya tidak berkesempatan untuk pergi ke sana.
Walaupun begitu saya banyak mendapat maklumat mengenai tarian di daerah saya sendiri yang selama ini saya tidak ambil kisah atau peduli.Kursus ini memberi banyak pengajaran untuk tidak mengambil mudah terhadap perkara-perkara yang mudah.Setiap perkara itu mempunyai kepentingan dan sebabnya yang tersendiri.Sebagai pelajar yang baru di Universiti Malaysia Sabah mengharapkan banyak lagi pengajaran yang akan di beri oleh para pensyarah seperti puan sri Ningsih sendiri.Kursus ini memerlukan kita banyak berfikir dan menghayati nilai-nilai estetik yang terdapat di dalam sesebuah karya seni itu.Seni memerlukan nilai estetik,walaupun tiada penonton.Barulah apresiasi seni wujud dalam karya-karya yang penuh dengan norma-norma kehidupan dan keindahan alam semesta.
Semoga dengan terhasilnya kajian ini dapat memberi manfaat dan panduan kepada sesiapa yang membacanya.Saya juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat kesilapan dalam penulisan ini kerana manusia makhluk yang lemah,serba serbi kekurangan.Yang baik datangnya dari tuhan,yang buruk datangnya dari diri saya sendiri.
Pengenalan Kepada Tarian
Seni tari dipercayai di dalam kehidupan manusia sebagai salah satu alat komunikasi awal manusia dalam bahasa gerak dan bunyi yang mereka tiru dari alam di sekitar kehidupan mereka. Pergerakan dan bunyi-bunyi semulajadi inilah yang melahirkan tarian-tarian awal yang berkait rapat dengan kuasa-kuasa mistik. Sejak tarian ini wujud dan menjadi salah satu daripada aspek kebudayaan kita hanya dapat katakan bahawa gerak tari itu lahir serentak dengan kelahiran atau kewujudan manusia di alam ini. Memandangkan tarian merupakan dianggap sebagai salah satu alat komunikasi ianya tidak memerlukan apa-apa peralatan kecuali tubuh badan penari. Pada ketika itu,muzik yang terhasil daripada hentakan kaki dan tepukan tangan sahaja yang mengiringi para penari sejajar dengan keadaan tamadun awal manusia.
Pada masa kini kebudayaan diertikan sebagai manifestasi kehidupan setiap orang atau masyarakat. Ianya meliputi segala perubatan manusia seperti dalam bidang kesenian seumpama tarian. Manakala tradisi pula difahami sebagai pewarisan atau penerusan norma-norma, adat istiadat dan sebagainya dan tradisi tersebut bukanlah sesuatu yang tidak boleh diubah, malah mengalami perubahan akibat perubahan sosial yang berlaku kerana pengaruh dan perkembangan teknologi dari luar, pertambahan penduduk, pengaruh-pengaruh universalisme dan aspirasi-aspirasi masyarakat.
Menurut MOHD GHOUSE NASURUDIN (1994:xiii) dalam bukunya yang bertajuk Tarian Melayu menyatakan:`......tarian satu bentuk universal perhubungan bukan lisan.Melaluinya kita dapat menghayati ciri-ciri budaya sesuatu suku kaum seperti nilai,norma,emosi dan tabiat semulajadi.ia membentuk aspek integral dalam jalinan sosial dan menyediakan fungsi keagamaan atau sekular atau kedua-duanya,bergantung pada bentuk masyarakat itu.’
Selain itu,beliau juga menyokong bahawa tarian pada mulanya tidak memerlukan sebarang peralatan atau alat muzik,kecuali tubuh badan manusia sahaja.Mereka mengadaptasi keadaan persekitaran ke dalam struktur dan abjad tarian.Tarian juga di hasilkan berdasarkan kefungsiannya dalam upacara keagamaan.
Pada zaman moden ini,Mohd Ghouse Nasurudin menyatakan, `Tarian menjadi bahagian integral dan berfungsi dalam masyarakat manusia.Ia membentuk asas merasionalisasi fenomena semulajadi yang tidak dapat diduga atau dimengerti.’



LATAR BELAKANG TARIAN TRADISI BRUNEI
Kewujudan tari pada asalnya yang berbentuk ritual selain daripada bertujuan untuk pemujaan dan penyembahan juga mengandungi unsur-unsur pendidikan dan hiburan. Di zaman pra-sejarah apabila seluruh aspek kehidupan manusia mengarah dan percaya kepada semangat maka tarian juga dihubungkan dengan semangat itu; maka lahirlah tarian-tarian rakyat seperti Tarian Anding, Tamarok, Alai Bubu, Alai Sekap, Tarian Lesung dan seumpamanya.
Apabila berlaku perkembangan dan perubahan dalam sejarah tamadun manusia dan apabila kebudayaan berkembang, tarian juga turut mengalami perubahan dan penyesuaian, maka lahirlah tarian-tarian tradisi seperti Tarian Samalindang, Adai-Adai, Aduk-Aduk, Naindung dan tarian-tarian tradisi lainnya. Kemunculan tarian-tarian tradisi ini dikatakan bermula pada akhir tahun 1950-an di Majlis Makan Malam bagi meraikan lawatan tetamu negara iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong I Persekutuan Tanah Melayu. Bermula daripada persembahan di majlis itu ianya telah dijadikan titik tolak kepada persembahan awal tarian-tarian tradisi kepada orang ramai.
Jika kita tinjau kewujudan tarian-tarian ini kebanyakan dicipta melalui adaptasi lagu-lagu Brunei Asli yang disesuaikan dengan irama dan suasana lagu itu dinanyikan seperti Lagu 'Adai-Adai'. Lagu ini lazimnya dinanyikan oleh kaum nelayan ketika hendak pergi atau pulang dari menangkap ikan. Daripada kisah tersebut diciptalah tarian yang menggambarkan keriangan, kepenatan dan aktiviti kaum nelayan. Begitu juga dengan 'Alus Jua Dendang' yang mengisahkan pertemuan dua mempelai dalam suasana gembira, malu dan pujuk memujuk di malam selepas persandingan yakni dinamakan 'Malam Berambil-Ambilan'. Sesuai dengan senikata lagu tersebut maka lahirlah tarian 'Alus Jua Dendang'. Lain halnya dengan 'Tarian Samalindang' yang dicipta berdasarkan hipotesis kisah hidup seorang gadis yang bernama Siti Samalindang yang mempunyai keistimewaan bukan sahaja daripada paras rupa yang cantik tetapi juga mempunyai tingkah laku yang sopan dan rajin serta dengan sifat-sifat yang terpuji. Daripada itu Tarian 'Samalindang' dicipta mengandungi falsafah dan perutusan yang menunjukkan sifat gadis Siti Samalindang.








Konsep Tarian Adai-Adai
Tarian Adai-adai merupakan suatu tarian tradisional masyarakat Melayu Brunei yang berada di Sabah,khususnya di Kg.Weston Beaufort,Sabah.Tarian ini pada asalnya merupakan suatu lagu yang berbentuk pantun dan dinyanyikan beramai-ramai.Tiada alat muzik yang khas digunakan pada awal mulanya tarian ini di perkenalkan.Muzik yang dihasilkan adalah hasil daripada hentakan pengayuh di bahagian pinara sampan dan perahu yang didayung serta pukulan buyung atau keduit.Biasanya,tarian ini juga di persembahkan dalam majlis-majlis keramaian.
Tarian yang dilakukan oleh pasangan empat lelaki dan empat perempuan ini diiringi oleh pukulan rebana dan gambus serta nyanyian dengan rentak hampir sama dengan rentak tarian japin yang terdapat di Semenanjung Malaysia. Tarian Adai-Adai biasanya diadakan semasa keramaian suku kaum Brunei ataupun menyambut ketibaan orang-orang kenamaan. Penari-penarinya juga memakai pakaian khas yang berwarna warni.
Kesemua tarian suku kaum Kedayan dan Brunei berfungsi sekular, iaitu dipersembahkan hanya untuk hiburan dan keramaian dan bukan untuk memuja roh atau semangat kerana suku kaum ini beragama Islam yang melarang sebarang pemujaan selain Tuhan. Jenis tarian dalam kalangan suku kaum ini ialah mendayut, adai-adai dan samalindang yang ditarikan semasa perkahwinan dan temasya hiburan yang lain. Dalam kalangan suku kaum Kokos terdapat tarian melinggok, dansa dan silong tinubou, dari suku kaum Irranun, tarian anding, dan tarian ambailuk dari suku kaum Tidung.

Ragam Gerak
Tarian Adai-adai ditarikan dengan lenggok tangan yang digerakkan ke atas dan ke bawah,ke hadapan dan ke belakang dengan penuh kelembutan Penari wanita akan memegang satu alat iaitu nyiru atau alat untuk menampi padi.Manakala penari lelaki akan memegang pendayung sampan.Kedua-dua alatan ini melambangkan suasana perkampungan nelayan di sesebuah tempat.Terdapat sesetengah tempat yang tidak menggunakan alatan seperti ini.Pergerakan di antara gerak tari lelaki dan wanita adalah berbeza.Tarian ini mementingkan akan kelembutan lemah gemalainya penari itu sendiri. Persembahan dan pertunjukan tarian tradisi pada awalnya bergantung kepada fungsi sesebuah tarian itu.Namun tarian adai-adai bersifat sekular yang tidak berasal daripada keritualitan.
Ragam gerak yang dihasilkan juga berdasarkan cerita bagaimana seseorang nelayan itu pergi ke laut dan bagaimana isteri-isteri menyambut kepulangan suami-suami mereka.
Rajah 2 menunjukkan contoh pakaian yang dipakai dalam Tarian Adai-Adai
Pakaian/kostum
Pakaian dalam tarian daling-daling adalah baju kebaya bagi wanita dipasangkan dengan gaun singkat hingga paras lutut.Manakala lelaki memakai pakaian untuk pergi ke laut seperti topi yang berbentuk kon(siraung),seluar singkat hingga paras lutut dan sehelai kain pelikat yang disilang di bahu.Kesemua pakaian tarian ini hampir sama seperti di semua tempat.

Solekan
Tarian adai-adai tidak memerlukan solekan pada asalnya kerana ianya tidak dilakukan untuk beramai-ramai tetapi sebagai penyambut kepada para nelayan oleh isteri dan keluarga mereka.Namun begitu dalam persembahan di istana atau majlis keramaian alat solek di kenakan sebagai penambah seri kepada seri panggung iaitu penari wanita.Solekan ini akan menambahkan lagi seri persembahan dengan keayuan dan kelembutan garap tari tersebut.
Alat-alat muzik
Alat-alat muzik pada awal kemunculan tarian ini diperkenalkan dikatakan tidak ada suatu alat yang khusus.Hal inin kerana mereka hanya menggunakan teriakan mulut,berpantun,menghentak kaki,memukul pendayung di bahagian tepi sampan,buyung atau keduit.Namun begitu,pada masa kini pelbagai alat seperti gong,kulintangan,gamelan dan banyak lagi di adaptasikan ke dalam tarian adai-adai.Peralatan moden atau peralatan barat juga digunakan untuk memeriahkan lagi dan menambahkan nilai estetika dalam tarian tersebut.
Props
Antara props yang digunakan dalam tarian adai-adai ialah pendayung sampan dan nyiru.Props Nyiru berfungsi sebagai alat untuk membawa hasil laut yang di bawa oleh para nelayan.Kaum wanita kebiasaannya akan membawa bersama nyiru ini ketika kepulangan suaminya.Pendayung pula berfungsi sebagai alat untuk menggerakkan sampan atau perahu yang digunakan pada waktu dulu.
Penutup
Kesimpulannya,Tarian adai-adai merupakan suatu tarian tradisi yang diamalkan oleh suku kaum Melayu Brunei khasnya di kg.Weston Beaufort Sabah.Tarian ini bersifat secular pada asalnya dan akhirnya menjadi suatu bidang seni yang harus dijaga dan dikekalkan dalam kebudayaan etnik di Sabah.Langkah-langkah pemuliharaan dan pemeliharaan giat dijalankan yang member impak yang baik kepada suku kaum Melayu Brunei.


By,
Acil

Ulasan

  1. ada kaitan bah tu dgn tarian kaum Suluk. tarian Pangalay. kata dasar Alay/Alai.. linguistik huruf L-R-D.. contoh :

    'kuda' dlm bahasa suluk 'kura'
    'kurang' dlm bahasa suluk 'kulang'

    orang brunei & suluk mimang ada kaitan. sama2 bah kan org laut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalamualaikum En Azmi. Itu saya sendiri belum pasti. Namun, nanti saya akan cuba buat rujukan semula. Setahu saya suku Kedayan yang mempunyai perubahan kata.

      Contoh:
      Parang menjadi "Paang" (buang huruf R)

      dan setahu saya juga, suku Kedayan dan Barunai ini adalah berbeza tetapi dari rumpun yang sma. (merujuk kepada suku Barunai di Kg Weston dan suku Kedayan di Kg Pulai Manang, Bukau)

      Padam
  2. Kumpulan puisi yang indah dan artikel yang mencerahkan
    (https://tulisandenpasar.blogspot.com)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima Kasih atas komen yang anda berikan. Ianya amat berguna dan saya amat menghargainya.

Catatan popular daripada blog ini

Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca... Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK... Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah) Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik" Ya, saya setuju itu. Atukoi... Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka. Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah ta

7 Perkara Penting Dalam Business Pitching

source: http://pas-wordpress-media.s3.amazonaws.com/content/uploads/2015/09/PitchDeckTemplate-header.png 1) Masalah Nyatakan masalah yang bisnes anda akan selesaikan. 2) Bukti Kajian Tunjukkan bukti kajian satu persatu dan meyakinkan. 3) Pelanggan Terangkan target pelanggan anda kepada pelabur. 4) Model Bisnes Bukan Modal ya. Model. Maksudnya struktur bisnes anda. Dipanggil juga Business Model Canvas. 5) Choose Me Yakinkan pelabur untuk melabur dengan anda bukan orang lain 6) Starting Beritahu bila bisnes ini boleh start. 7) Kelayakan Tunjukkan kelayakan anda sebagai CEO dan yakinkan andalah yang paling layak.