Langkau ke kandungan utama

Tarian Bubu Kajian Di Kg Weston

Pengenalan

Tarian Bubu merupakan salah satu permainan tradisional yang terdapat di negeri Sabah yang mana telah diwarisi sejak zaman-berzaman oleh nenek moyang terdahulu dan masih lagi diamalkan oleh masyarakat pada masa sekarang. Tarian bubu juga dikenali sebagai tarian lukah oleh masyarakat setempat. Selain daripada itu, tarian bubu juga terkenal dalam kaum Bisaya dan Iban.

Asal usul Tarian Bubu
Tarian bubu pada mulanya berasal dari bangsa Kadayan Brunei. Tarian ini muncul selepas kedatangan Islam. Tarian bubu juga dikatakan berasal dari daerah Beaufort,Sabah iaitu dalam suku kaum Brunei,Bisaya dan Kadayan

Tujuan Tarian Bubu Diamalkan
Permainan tradisional ini diamalkan oleh masyarakat setempat adalah kerana mereka percaya bahawa tarian tersebut mempunyai fungsi dan tujuannya yang tersendiri di mana memberi kesan kepada golongan yang mengamalkannya itu. Antara tujuan tarian bubu ini dijalankan adalah untuk menghalau roh-roh jahat. Mereka percaya bahawa bubu tersebut mempunyai semangat atau aura yang tersendiri untuk mengusir anasir-anasir buruk yang mengganggu masyarakat mereka. Tarian bubu juga adalah sebagai alat untuk dipersembahkan di dalam sesuatu majlis yang dilakukan oleh masyarakat. Selain itu, bubu juga berfungsi untuk mengubati orang yang sakit. Tarian bubu juga dilakukan semasa majlis perkahwinan dan majlis berkhatan. Sekiranya ada orang-orang besar yang ingin datang ke tempat mereka, orang-orang besar tersebut akan dipersembahkan dengan tarian bubu sebagai tanda menghormati dan maraikan kadatangan orang-orang tersebut ke tempat mereka.

Fungsi
Tarian bubu ini berfungsi sebagai hiburan semata-mata oleh masyarakat setempat dan tarian tersebut masih lagi diamalkan oleh masyarakat zaman moden kini kerana permainan ini akan diwarisi oleh anak-anak si pengamal tarian bubu yang terdahulu dan ia harus disambung oleh pewarisnya. Selain itu, tarian bubu juga boleh berfungsi untuk tujuan perubatan iaitu antaranya adalah untuk mengubati orang yang dirasuk. Semangat juga dapat dipulihkan dengan menjalankan tarian ini.



Pantang Larang Yang Patut Diikuti
Bubu yang telah siap dibuat itu dikatakan tidak boleh dilangkah terutamanya oleh kanak-kanak kerana kanak-kanak semangatnya sangat lemah dan mereka mungkin akan dirasuk sekiranya mereka melangkah bubu tersebut. Orang yang lemah semangat tidak kira tua atau muda akan mudah disampuk walaupun hanya menyaksikan persembahan tarian tersebut dijalankan kerana tarian tersebut dikatakan berunsur mistik oleh masyarakat Kadayan,Brunei,oleh itu mereka harus kuatkan semangat untuk mengelak daripada mudah dirasuk. Antara pantang larangnya lagi ialah bubu tersebut hanya boleh digunakan untuk menangkap ikan setelah tujuh hari bubu tersebut ditarikan. Sekiranya bubu tersebut disimpan di rumah dalam tempoh tujuh hari selepas ia dimainkan, orang yang lemah semangat yang lihat pada bubu tersebut akan nampak bubu itu seperti bergerak sendiri. Kemungkinan orang tersebut akan dirasuk.

Jenis-jenis Bubu
Bubu Lelaki- bahan yang digunakan untuk membuat bubu lelaki adalah kayu lesung yang panjang. Cara untuk menghidupkan bubu adalah sama seperti menghidupkan bubu perempuan.
Bubu Perempuan- bahan-bahan yang digunakan adalah bubu dimana ia diperbuat daripada buluh. Baju kurung digunakan untuk menampakkan ia adalah bubu perempuan.

Alat-alat Untuk Menghasilkan Bubu
1. Buluh lemang yang tua dan nipis(dirisik meruncing)
2. Akar lemiding(diguna kerana tahan lama dan mengikut adat,dianyam dengan cara menjalin)
3. Akar pitudung/bamban
4. Injap
5. Baju berwarna kuning atau warna apa sahaja asalkan jenis baju kurung
6. Tempurung kelapa(diletak di atas bubu, berfungsi sebagai kepala)
7. Dawai(diletakkan pada bubu untuk dijadikan sebagai tangan bubu)
8. Kain telekung(dibungkus pada kepala bubu untuk lebih menampakkan bubu perempuan)

Bahan-bahan Dan Fungsi Bahan Untuk Proses Tarian Bubu
1. Minyak wangi(mewangikan bubu)
2. Minyak duyung(juga untuk tujuan mewangikan)
3. Langir(untuk tujuan supaya bubu itu tahan lama-air langir yang telah dijampi akan berbuih)
4. Kemenyan (memanggil malaikat)
5. Tambur
6. Pakasan
7. Kompang(dimainkan bersama semasa lagu dinyanyikan)
8. Gendang rebana(dimainkan bersama semasa lagu dinyanyikan)

Proses Sebelum Tarian Dijalankan
1. Bubu dimandikan sebersih-bersihnya terlebih dahulu.
2. Seterusnya bubu disapu minyak atar untuk tujuan mewangikan bubu.
3. Bubu dimandikan dengan menggunakan air langir.
4. Setelah bubu bersih dan dikeringkan,bubu dipakaikan pakaian(baju kurung).
5. Bubu dipasangkan tangan menggunakan dawai yang telah dibengkokkan khas.
6. Seterusnya ialah proses membakar sabut kelapa di dalam bekas.
7. Kemenyam di tabur ke atas sabut kelapa yang telah dibakar tadi.
8. Jampi serapah dibacakan, bacaan-bacaan tertentu dibacakan oleh si pewaris dengan tujuan untuk memanggil malaikat.
9. Bubu ditarikan. Jumlah orang yang diperlukan untuk menarikan bubu adalah sekitar 3 hingga 5 orang mengikut saiz bubu tersebut.
Orang yang menarikan bubu tersebut akan bergilir-gilir dengan orang lain mengikut kekuatan orang yang menarikan bubu tersebut.

Syair Yang Dilagukan Semasa Tarian Bubu Dijalankan
TAK BAMBAN IA LUKAH…
TAK BANBAM DIBASARI…
MAIN DENGAN DIPERMULA…
SI LUKAH PANDAI MENARI…

TAK BANBAM IA LUKAH…
TAK BANBAM DIBASARI…
MAIN DENGAN DIPERMULA…
SI LUKAH PANDAI MENARI… (diulang-ulang sehingga tarian tamat)

Kepercayaan Mengikut Suku Kaum Mengenai Cara Menghidupkan Bubu
Suku kaum Kadayan- untuk menghidupkan bubu tersebut perlu mengambil masa yang sekejap sahaja. Ini kerana jampi sudah dimasukkan ke dalam bahan-bahan tersebut.
Suku kaum Bisaya- berunsur keislaman. Untuk menghidupkan bubu tersebut memerlukan masa yang agak lama


Kegunaan bubu
Digunakan untuk menangkap ikan. Umpan yang digunakan adalah umpan biji getah. Biji getah tersebut dibungkus dengan menggunakan daun simpul. Buah kelapa sawit juga digunakan untuk menangkap ikan. Anaknya mestilah 21 bilah. Sekiranya untuk tujuan tarian,buluhnya haruslah diwarnakan. Untuk tarian bubu juga,bentuknya adalah berbeza-beza dari segi tinggi rendahnya.

By,
Acil, Zainoh, Ghani, Micheal, Yap, Noor Shielawati, Aisyah, Masitah, Ribka, Clarice

Ulasan

  1. Balasan
    1. Ya sangat menarik...Lebih-lebih lagi kalau menyaksikan sendiri tarian ini dipersembahkan

      Padam
  2. Ya sangat menarik...Lebih-lebih lagi kalau menyaksikan sendiri tarian ini dipersembahkan

    BalasPadam
  3. Sekurang2nya ada gambar pn cukup la..:-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak gambar ke? nanti saya masukkan ke dalam ni..

      Padam

Catat Ulasan

Terima Kasih atas komen yang anda berikan. Ianya amat berguna dan saya amat menghargainya.

Catatan popular daripada blog ini

Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca... Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK... Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah) Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik" Ya, saya setuju itu. Atukoi... Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka. Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah ta

7 Perkara Penting Dalam Business Pitching

source: http://pas-wordpress-media.s3.amazonaws.com/content/uploads/2015/09/PitchDeckTemplate-header.png 1) Masalah Nyatakan masalah yang bisnes anda akan selesaikan. 2) Bukti Kajian Tunjukkan bukti kajian satu persatu dan meyakinkan. 3) Pelanggan Terangkan target pelanggan anda kepada pelabur. 4) Model Bisnes Bukan Modal ya. Model. Maksudnya struktur bisnes anda. Dipanggil juga Business Model Canvas. 5) Choose Me Yakinkan pelabur untuk melabur dengan anda bukan orang lain 6) Starting Beritahu bila bisnes ini boleh start. 7) Kelayakan Tunjukkan kelayakan anda sebagai CEO dan yakinkan andalah yang paling layak.

Pengenalan Cerpen

Cerpen adalah singkatan daripada perkataan `Cerita’ dan `Pendek’.Cerpen Melayu dikatakan pada mulanya adalah cerita yang disampaikan secara lisan atau bercerita oleh golongan tua masyarakat Melayu.Namun tiada siapa yang tahu masa mulanya cerpen disampaikan dalam bentuk lisan.Sesetengah orang berpendapat bahawa titik mula cerpen dalam bentuk lisan ini apabila masyarakat Melayu sudah berkeluarga,berbahasa dan bermasyarakat.Oleh yang demikian,cerpen ini berkembang apabila berkembangnya tamadun dan masyarakat Melayu. Selain daripada tradisi lisan,terdapa juga tradisi tulisan dalam perkembangan cerpen.Tradisi ini adalah perkembangan daripada tradisi lisan itu sendiri.Ianya muncul apabila masyarakat Melayu sudah mengenali aksara dan mahir akannya.Walaupun tradisi tulisan mula mengambil alih,tradisi lisan itu tidak hilang.Setelah wujudnya alat percetakan dalam kebudayaan tradisi Melayu,tulisan menjadi semakin popular. Secara amnya,kedua-dua tradisi ini termasuk dalam bidang seni.Namun m