Langkau ke kandungan utama

"Orang gagal adalah orang takut gagal"...So, semoga gagal, teruskan berusaha!! (^_^)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera

Kepada semua pembaca yang dihormati.

Hari ini entri saya berkisar mengenai tajuk "Adakah Anda setuju atau tidak, Kalau anda setuju kenapa, kalau x setuju kenapa?"

Saya sudah tanyakan kepada roommate saya, Rickeldy Moisy dan Chai Von Kai

Statement yang diutarakan kepada mereka ialah :

Adakah kamu setuju dengan pernyataan

1)"Orang gagal adalah orang takut gagal?"

2) Apakah tujuan hidup?

3) Rambut tak sama warna, berak sama jua mencangkung.

Bagi saya,

1) Ya, saya setuju kerana orang yang takut gagal adalah orang yang tak mencuba apa-apa kerana dia takut gagal. Orang yang berjaya adalah orang yang berjaya gagal dan terus gagal. Jika dia tidak pernah gagal, maka dia adalah gagal hakiki. So, kepada semua pembaca jangan pernah takut untuk menggagali diri anda. Ucapan saya semoga gagal, teruskan berusaha!

2) Hidup semata-mata untuk mati. Tinggal kita pilih mahu mati ikut jalan mana yang kita mahu. Cara mana yang kita pilih untuk mati tersebut ada di tangan anda. Jangan salahkan takdir. Takdir sudah tertulis, cuma kita mampu merancang tuhan yang menentukan. Keep it up...

3) Ya, saya setuju dengan pernyataan ini, kerana setiap manusia itu dijadikan sama sahaja. (ini bagi saya sebagai muslim). So, jangan pernah takut dengan manusia. Tetapi kita saling menyayangi sesama manusia. Jangan pernah takut dengan TUHAN kerana jika takut kita akan melarikan diri pula daripada-Nya. Memang kita patut takut dengan TUHAN. Cuma, takut kerana kita tidak dapat memberikan kasih sayang yang secukupnya kepada TUHAN. Itulah takut yang bagi saya sepatutnya. (aik macam lari sudah ini hujah hehehe..(^_^)* sorry tak pandai berhujah ne)

Sebenarnya semua persoalan ini pun saya yang terfikir. Sebab tu saya setuju saja semua.... (^_^)...

So, apa kata anda?
(^_^)

::Pause::

Catatan popular daripada blog ini

Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca...

Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK...

Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah)

Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik"

Ya, saya setuju itu. Atukoi...

Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka.

Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah tampak simila…

Tarian Adai-Adai

Penghargaan
Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya memberikan kekuatan dan keyakinan dalam menghasilkan kerja kursus yang pertama ini buat hambanya yang super lemah dan serba serbi kekurangan.Dalam menghasilkan sesuatu kerja kursus ianya suatu proses yang memakan masa lama untuk membaca dan memahami serta menghayati setiap naskhah buku,laman web jurnal atau petikan-petikan ensiklopedia.Justeru dengan rezeki yang diberikan oleh tuhan iaitu kesihatan tubuh badan faktor utama kejayaan penghasilan kajian ini.Tidak dilupakan kepada Puan Sri Ningsih yang banyak memberi tunjuk ajar dan ruang masa kepada para pelajarnya dengan penuh dedikasi dan tauliah.Semoga tuhan akan memberikan kesihatan dan rezeki yang berlimpah ruah kepada puan.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang membantu dalam penghasilan kajian ini.Terima kasih semua.
Setiap semester pelajar-pelajar tahun 1 Seni Kreatif (HA11) akan membuat kerja kursus di bawah kod kursus CA10103 Sejarah Tari yang di…

How to make Proposal Kembara

EJ10101 UMS SEJATI 1 ( KEMBARA )
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
LAPORAN PERKHEMAHAN KUMPULAN 2


TEMPAT : HUTAN SIMPAN KG LABAK, KINARUT
TARIKH : 9 OKTOBER 2009 - 11 OKTOBER 2009
PESERTA : PELAJAR UMS SEJATI 1 ( KEMBARA ) KUMPULAN 2
PENGIRING : TUAN HAMUDDIN TARINCANG DAN JURULATIH



ISI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Pendahuluan 2
2. Penyataan tujuan 3
3. Gambaran am 3
4. Objekti perkhemahan 4
5. Destinasi 4
6. Pelaksanaan
4
06.1 : Persediaan
06.2 : Peserta 4
06.3 : Urutan kejadian 5-9
06.4 : Pergerakan 9
7. Pencapaian perkhemahan 9
8. Pengajaran 10
9. Penutup 11
Lampiran 1 : Senarai ahli jawatan kuasa 12
Lampiran 2 : Aturcara aktiviti perkhemahan kumpulan 1 13-14
Lampiran 3 :Laporan Perbelanjaan 15-18
Lampiran 4 : Galeri 19 - 23




1. PENDAHULUAN

Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk memberi ahli-ahli kembara mengetahui lebih mendalam tentang kembara. Kehidupan dalam hutan yang serba kekurangan adalah tidak sama dengan kehidupan di luar …