Langkau ke kandungan utama

Reviu Filem Nur Kasih The Movie

Salam semua Hari ini mau share anda mengenai pemikiran terhadap Filem Nur Kasih The Movie.


Sebenarnya ini adalah kerja rumah saya. Saya simpan di blog ni untuk tatapan saya nanti....

Pemikiran Filem Nur Kasih The Movie

Filem Nur Kasih The Movie arahan Kabir Bhatia ini berkisar tentang pengorbanan. Pengorbanan yang dilakukan oleh Adam dan Nur dalam menempuh ujian dari tuhan. Pelbagai kisah menjadi tatapan kepada penonton memberi pengajaran yang disampaikan secara dakwah semamangnya menyerlahkan gaya pengarahan yang berbeza daripada pengarah Kabir Bhatia.

Filem ini mempunyai kekuatan dengan menggunakan pendekatan agama iaitu agama Islam. Keindahan Islam terserlah dengan penggunaan dialog yang begitu indah melambangkan agama Islam yang indah dan kehidupan keluarga yang terdidik dengan ajaran agama Islam sejak dari kecil lagi. Hal ini menyebabkan penonton berasa sangat tenang. Pasrah dan tawakkal adalah salah satu ciri-ciri muslimin yang ideal dalam agama Islam diperlihatkan melalui watak-watak yang diwujudkan.




Dalam filem Nur Kasih memaparkan tema kasih sayang antara Aidil, Alya, Adam dan Nur. Permulaan cerita memperlihatkan Aidil yang sangat menyayangi arwah isterinya Alya yang terlibat dalam satu kemalangan. Aidil tidak dapat menerima kenyataan terhadap pemergian isterinya itu. Adam hanya mempunyai dua orang zuriat sebagai pengganti arwah isterinya. Lama-kelamaan Aidil dapat menerima semua ini sebagai salah satu ujian dari ilahi. Manakala Adam yang baru mengenali hati budi isterinya, Nur menyebabkan cinta terhadap isterinya itu bertambah dalam. Namun, Adam berasa sangat sedih kerana jantungnya berkemungkinan gagal berfungsi kerana terdapat serpihan letupan ketika dia menjadi tahanan dulu. Selain itu, pasangan Adam dan Nur juga yang berkali-kali gagal mendapatkan anak menyebabkan Adam bersedih melihat keadaan Nur yang sangat menginginkan zuriat. Oleh itu, Adam mengambil keputusan untuk pasrah kepada Tuhan dan merancang untuk menyuruh abangnya Aidil untuk menjadi penggantinya jika dia sudah pergi. Hal ini menyebabkan Nur marah dengan tindakan Adam kerana cintanya yang sangat dalam terhadap Adam. Kasih sayang Adam juga dapat dilihat semasa Nur kehilangan cincinnya kerana keretapi mereka terbabas. Adam pula telah terpeangkap di dalam ribut kencang menyebabkan Nur mencari Adam di merata tempat. Berkat kesabaran Nur dan keyakinannya terhadap Adam, akhirnya mereka berjaya juga menjumpai Adam. Kasih sayang Ibu Aidil dan Adam iaitu Tok Wan terhadap anak-anak, menantu dan cucunya juga diperlihatkan dalam filem ini. Tok Wan tidak pernah memarahi mereka sebaliknya sentiasa memberi nasihat dan menyokong mereka bertiga.
Tema ini berjaya diperlihatkan oleh pengarah melalui watak Adam yang pada mulanya tidak mahu menerima Nur sebagai isterinya. Akhirnya Adam bertaubat dan mendapati bahawa kasih Nur itu tiada tolok bandingannya. Adam baru menyedari akan semua takdir yang ditentukan ilahi itu adalah satu anugerah yang sangat berharga. Kehidupan Adam sebelum dan selepas ketentuan ilahi ini berbeza. Setelah menyedari kasih Nur, Adam sanggup berkorban apa sahaja termasuklah nyawanya sendiri ketika keretapi yang mereka naiki semasa umrah terbabas. Adam sehinggakan berdoa kepada Tuhan diambil nyawanya supaya Nur selamat.
Isu ini ditimbulkan dengan usaha Adam yang menerima murid-murid yang terdiri daripada remaja yang terjebak dengan gejala sosial. Adam mendidik mereka berlandaskan agama Islam yang luhur. Murid-murid Adam ini dikatakan terjebak dengan masalah penyalahgunaan dadah. Namun, Ustaz Shuaib telah memandang serong terhadap usaha murni Adam dan Nur. Hal ini kerana Ustaz Shuaib mendakwa murid-murid berkenaan tidak menutup aurat dan percampuran jantina lelaki dan permpuan adalah haram. Adam membantah dakwaan ustaz Shuain dengan mengatakan bahawa bukan melihat dari luaran tetapi melihat dari segi dalaman. Adam berpendirian jika kita hanya ingin berdakwah terhadap orang alim ulama sahaja siapa lagi yang ingin mendakwah remaja-remaja sedemekian. Bagi Adam, mereka juga berhak mendapat layanan yang sama seperti ahli-ahli masjid. Pegangan Adam ini merupakan satu pandangan yang sangat bagus untuk pengajaran kepada kita semua. Kebenaran yang ditegakkan oleh Adam bukanlah satu usaha yang haram seperti dakwaan Ustaz Shuaib, malah satu usaha yang patut kita lakukan untuk menangani gejala sosial yang berleluasa kini

Ketentuan ilahi adalah segalanya dan inilah yang dititkberatkan oleh pengarah dalam pengolahan cerita dalam filem ini. Kita harus pasrah dan menerima semua ketentuan ini dengan redha. Jika tidak kita akan berpaling daripada akidah agama. Adam yang ditakdirkan untuk bersama Nur menghadapi pelbagai ujian seperti keguguran anak dan masalah jantung yang dihadapi oleh Adam. Adam tidak dapat menerima semua ini dengan redha. Namun akhirnya, dia dapat jua menerima ketentuan ilahi ini berkat nasihat daripada Aidil dan ibunya Tok Wan. Adam sendiri menganggap masalah atau ujian yang dihadapinya berpunca dari dirinya sendiri. Aidil memberitahu Adam supaya jangan menjauhi tuhan. Semakin berat ujian daripada tuhan semakin kita patut mendekatkan diri kepada-Nya. Bagi Aidil ini adalah satu peluang kepada Adam untuk menyedari diri sendiri menerima hakikat seperti jua Aidil sendiri yang sukar menerima pemergian Alya (isteri Aidil). Adam akhirnya membawa Nur umrah untuk menenangkan diri. Nur juga seorang yang tabah ketika mengalami masalah kewangan untuk membiayai kos pembedahan jantung Adam. Nur mendapat peluang untuk melukis pelan untuk sebuah projek besar tetapi menolaknya kerana projek itu adalah untuk membina sebuah pusat hiburan. Nur tetap berpegang teguh kepada agama Islam kerana baginya hasil pendapatan daripada rojek tersebut adalah haram disisi agama.

Filem ini juga mengutarakan tema cinta kepada Allah. Keluarga Tok Wan yang sangat kuat pendidikan agama berkat didikan arwah suaminya, seorang ustaz di kampung mereka. Cinta kepada Allah tiada tolok bandingnya. Walaupun menerima pelbagai ujian mereka tetap melakukan segala suruhan-Nya. Tidak pernah meninggalkan solat lima waktu. Buktinya, Adam membangunkan Nur untuk solat subuh berjemaah. Ketaatan mereka kepada agama ini menjadi idaman kepada setiap keluarga muslimin. Pengarah nampaknya berjaya menghasilkan sebuah dilem yang berunsur dakwah dengan baik. Jarang filem sebegini ditemui dalam industry perfileman di negara ini.

Ok itu saja
(^_^)

:: PAUSE ::

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca... Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK... Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah) Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik" Ya, saya setuju itu. Atukoi... Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka. Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah ta

7 Perkara Penting Dalam Business Pitching

source: http://pas-wordpress-media.s3.amazonaws.com/content/uploads/2015/09/PitchDeckTemplate-header.png 1) Masalah Nyatakan masalah yang bisnes anda akan selesaikan. 2) Bukti Kajian Tunjukkan bukti kajian satu persatu dan meyakinkan. 3) Pelanggan Terangkan target pelanggan anda kepada pelabur. 4) Model Bisnes Bukan Modal ya. Model. Maksudnya struktur bisnes anda. Dipanggil juga Business Model Canvas. 5) Choose Me Yakinkan pelabur untuk melabur dengan anda bukan orang lain 6) Starting Beritahu bila bisnes ini boleh start. 7) Kelayakan Tunjukkan kelayakan anda sebagai CEO dan yakinkan andalah yang paling layak.

Pengenalan Cerpen

Cerpen adalah singkatan daripada perkataan `Cerita’ dan `Pendek’.Cerpen Melayu dikatakan pada mulanya adalah cerita yang disampaikan secara lisan atau bercerita oleh golongan tua masyarakat Melayu.Namun tiada siapa yang tahu masa mulanya cerpen disampaikan dalam bentuk lisan.Sesetengah orang berpendapat bahawa titik mula cerpen dalam bentuk lisan ini apabila masyarakat Melayu sudah berkeluarga,berbahasa dan bermasyarakat.Oleh yang demikian,cerpen ini berkembang apabila berkembangnya tamadun dan masyarakat Melayu. Selain daripada tradisi lisan,terdapa juga tradisi tulisan dalam perkembangan cerpen.Tradisi ini adalah perkembangan daripada tradisi lisan itu sendiri.Ianya muncul apabila masyarakat Melayu sudah mengenali aksara dan mahir akannya.Walaupun tradisi tulisan mula mengambil alih,tradisi lisan itu tidak hilang.Setelah wujudnya alat percetakan dalam kebudayaan tradisi Melayu,tulisan menjadi semakin popular. Secara amnya,kedua-dua tradisi ini termasuk dalam bidang seni.Namun m