Langkau ke kandungan utama

Dokumentari HOME: Satu Pandangan

Adakah anda sudah melihat dokumentari yang bertajuk Home? Dokumentari berdurasi selama 1:33:17 dengan saiz fail 1.38GB. Dokumentari ini memerlukan sebanyak 88,000 orang pekerja daripada pelbagai kerjasama yang dilakukan.
         Video ini mengisahkan tentang asal kejadian alam pada 4 juta tahun yang lalu. Bermula dengan Cyanobacteria yang menguraikan cahaya dan udara membentuk partikel-partikel yang lain. Setiap bahan uraiannya adalah 'ancestor' kepada semua hidupan selama 4 juta tahun tersebut. Adakah ini benar bagi anda? Biarlah anda yang membuat penilaiannya. Itu pada permulaan cerita sahaja. Kemudian cerita berkisar tentang kemusnahan yang dilakukan oleh manusia dan kitarannya. Usaha-usaha yang dilakukan dalam memastikan Bumi ini tidak  terancam daripada masalah-masalah besar. Ini adalah serba sedikit tentang plot disebalik dokumentari Home ini.
         Apa yang ingin diketengahkan dalam kajian ini adalah untuk mengetahui mengenai cara-cara pengambilan syot-syot kamera yang cantik dan menarik. Penggunaan peralatan serta teknik pengambilan gambar memerlukan kepakaran yang tinggi. Setiap syot filem menayangkan gambar yang menarik perhatian. Jurugambar profesional tahu bagaimana untuk mengambil foto yang sesuai dengan teks yag disediakan. Pengambilan gambar berdasarkan skrip amat sukar sekali. Kita memerlukan keiizinan di tempat-tempat tertentu bukannya main "hentam keromo" sahaja. Lihatlah sendiri 20 foto yang saya ambil daripada dokumentari tersebut;


Gambar 1
Gambar 2
Gambar 3
Gambar 4
Gambar 5
Gambar 6
Gambar 7
Gambar 8
Gambar 9
Gambar 10
Gambar 11
Gambar 12
Gambar 13
Gambar 14
Gambar 15
Gambar 16
Gambar 17
Gambar 18
Gambar 19
Gambar 20
         Berdasarkan dua puluh gambar yang di "snap" dalam video HD ini, bagaimana anda rasa ianya dilakukan. Kesesuaian masa dan cara adalah kuncinya. Memerlukan kesabaran dan ketenangan dalam menghasilkan karya adalah amat penting. Jika sesiapa yang menjadi Jurufoto dalam video ini tentunya bukan jurufoto yang biasa. Tentu berpengalaman luas dalam bidang rakaman, pengambaran dan fotografik ini.

Catatan popular daripada blog ini

Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca...

Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK...

Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah)

Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik"

Ya, saya setuju itu. Atukoi...

Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka.

Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah tampak simila…

Tarian Adai-Adai

Penghargaan
Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya memberikan kekuatan dan keyakinan dalam menghasilkan kerja kursus yang pertama ini buat hambanya yang super lemah dan serba serbi kekurangan.Dalam menghasilkan sesuatu kerja kursus ianya suatu proses yang memakan masa lama untuk membaca dan memahami serta menghayati setiap naskhah buku,laman web jurnal atau petikan-petikan ensiklopedia.Justeru dengan rezeki yang diberikan oleh tuhan iaitu kesihatan tubuh badan faktor utama kejayaan penghasilan kajian ini.Tidak dilupakan kepada Puan Sri Ningsih yang banyak memberi tunjuk ajar dan ruang masa kepada para pelajarnya dengan penuh dedikasi dan tauliah.Semoga tuhan akan memberikan kesihatan dan rezeki yang berlimpah ruah kepada puan.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang membantu dalam penghasilan kajian ini.Terima kasih semua.
Setiap semester pelajar-pelajar tahun 1 Seni Kreatif (HA11) akan membuat kerja kursus di bawah kod kursus CA10103 Sejarah Tari yang di…

How to make Proposal Kembara

EJ10101 UMS SEJATI 1 ( KEMBARA )
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
LAPORAN PERKHEMAHAN KUMPULAN 2


TEMPAT : HUTAN SIMPAN KG LABAK, KINARUT
TARIKH : 9 OKTOBER 2009 - 11 OKTOBER 2009
PESERTA : PELAJAR UMS SEJATI 1 ( KEMBARA ) KUMPULAN 2
PENGIRING : TUAN HAMUDDIN TARINCANG DAN JURULATIH



ISI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Pendahuluan 2
2. Penyataan tujuan 3
3. Gambaran am 3
4. Objekti perkhemahan 4
5. Destinasi 4
6. Pelaksanaan
4
06.1 : Persediaan
06.2 : Peserta 4
06.3 : Urutan kejadian 5-9
06.4 : Pergerakan 9
7. Pencapaian perkhemahan 9
8. Pengajaran 10
9. Penutup 11
Lampiran 1 : Senarai ahli jawatan kuasa 12
Lampiran 2 : Aturcara aktiviti perkhemahan kumpulan 1 13-14
Lampiran 3 :Laporan Perbelanjaan 15-18
Lampiran 4 : Galeri 19 - 23




1. PENDAHULUAN

Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk memberi ahli-ahli kembara mengetahui lebih mendalam tentang kembara. Kehidupan dalam hutan yang serba kekurangan adalah tidak sama dengan kehidupan di luar …