Rinduku Padamu

Bunyi kipas. Suasana yang gelap. Perasaan tidak sabar. Esok hari yang bermakna. Setiap kali sebelum tidur aku merasai perasaan yang sama. Suasana bilik Amanah SMK Beaufort, memang menyenangkan. Aku suka dengan keadaan begini. Ditambah lagi perasaan berdebar-debar untuk pergi ke kelas 1 Amanah, menambah kenikmatan sebelum tidurku. Aku terlelap sambil tersenyum. Sejak dari bangku sekolah rendah lagi aku mengimpikan suasana macam ni. Alhamdulillah atas rahmatnya. Walaupun aku mempunyai target untuk masuk Sekolah Menengah Sains Labuan (SMSL), dah dapat tawaran pun. Tapi, parents tak bagi. Tak boleh buat apa. Sama sajalah rasanya di SMK Beaufort ni. So, lelaplah mata bersama selimut yang nyaman dan bantal yang berbau softlan. Sebelum tertidur sempat aku terasa angin nyaman dari luar tingkap, seperti magik meniup sekali terus gelap.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Adai-Adai

Sumandak!

Di Sebalik Potachips