Indahnya Hujan

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua moga berbahagia

Amboi macam nasyid ja.

Makan ubi di pagi hari
Timba kemarin masih di kali
Amat indah pagi ini
hujan menitik nyaman sekali

Begitulah awan hujan membawa airnya menitiskan di Bumi indah ini. Pemandangan ketika hujan membuat aku terkenang. Suasana bangun pagi ketika masih di bangku sekolah. Mesti semua pernah merasakannya kan? Apabila bangun dari tidur ja sejuk hujan dah menusuk ke tulang. Lalu kita tarik balik selimut dan menyambung pelayaran bertemankan kenyamanan hujan. Memang favourite time untuk escape kelas ni. Hehehe....

Sesudah itu kita bangun dengan malasnya menuju ke dapur. kedengaran bunyi mama sedang bekerja di dapur. Di atas meja terhidang ubi kayu berasap-asap dan satu jag kopi yang hitam melekat. Fuh tak sabar dan tak tahan, kita terus ja serang makanan itu tanpa berberus gigi.

Slrrpp....sedapnya ubi tu. Tiba-tiba tersangkut. Tapi takpa kopi yang hitam tadi sudah sejuk sedikit. Apa lagi kita teguk kopi itu dan wow!. Amazing taste.

Inilah pengalaman yang sangat dikenangkan ku. Sekarang ni susah nak dapat pengalaman macam tu. Sebab jarang balik rumah. dan kalau balik pun jarang lah hujan pagi-pagi.

So, kepada anda yang masih di rumah, hargailah ya. Cari-cari moment ni.

Thats All,

Yang Benar 
Acil

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Adai-Adai

Sumandak!

Di Sebalik Potachips