Langkau ke kandungan utama

Animasi

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini saya ingin menulis mengenai Animasi.

Definis Animasi


Animasi adalah perkataan Latin bermaksud “dihidupkan” atau pun “bring to life”. Manakala, Dewan Bahasa dan Pustaka mendefinisikan animasi sebagai satu perbuatan atau proses menjadikan sesuatu agar kelihatan hidup. Proses animasi bermakna menghidupkan atau memberikan gambaran bergerak kepada sesuatu yang statik agar kelihatan hidup dan dinamik.


Sedikit sejarah Animasi

Mula-mula diperkenalkan oleh William Hanna dan Joseph Barbera melalui:
Walt Disney Studios (5 Disember, 1901- 15 Disember 1966).
-Snow White, Peter Pan, Sleeping Beauty, Pocahontas, Lion King, Beauty and The Beast.

Warner Bros Studios (1925)

Pixar Toy Story (1995)- Merupakan pelopor teknik animasi Computer Graphic Imagey (CGI)
-The Matrix, Star Wars-First Episode, X Men

Namun apa yang penting adalah skrip Animasi. Format Skrip Animasi memudahkan animator untuk menghasilkan karya. Di dalam sebuah skrip animasi kita memerlukan:

i) Gambaran lokasi / persekitaran cerita berlaku.
ii) Gambaran aktiviti atau tingkah laku subjek/watak yang ada di lokasi yang dinyatakan.
iii) Dialog bagi watak-watak yang dinyatakan.

Format Skrip Animasi

i) Satu muka surat = 1 helaian = 1 minit.
ii) Dimulakan dengan pengenalan lokasi/persekitaran dan disusuli dengan dialog.
iii) Nama watak ditulis dengan huruf besar.
iv) Maklumat atau kelakuan tingkah laku di bahagian pertama dan disusuli dengan dialog yang akan dituturkan.

Istilah-istilah yang perlu diketahui di dalam skrip animasi


V/O (Voice Over)Dialog yang terdengar tapi tidak tampak di gambar, misalnya terdengar orang berbicara dari ruang sebelah. Atau, bisa juga orangnya tampak, suaranya terdengar, tapibibirnya tidak bergerak, jadi dia terlihat berbicara dalam hati.

MOS (Mit Out Sound) = Memaparkan watak yang sedang bercakap (berbisik) tetapi tidak kedengaran


Overlapping = Menunjukkan dialog watak yang bertindihan antara dialog watak yang lain. (berbual)

Filtered = Keadaan suara/bunyi didengarkan di dalam intonasi berbeza dari kebiasaan.

OC (Off Camera)

OS  (Off Screen)

Indsutri animasi kini semakin berkembang. Penerimaan masyarakat terhadap animasi semakin baik. Oleh itu, indsutri ini mampu terus bertahan di dalam industri kreatif. Ini menjadikan ianya salah satu cabang ilmu yang patut diberi perhatian khususnya para remaja.

Sekian dahulu.
(^_^)

Catatan popular daripada blog ini

Sumandak!

Salam Blogger dan Salam Pembaca...

Hari ini saya mau cerita sikit mengenai SUMANDAK...

Sumandak adalah bahasa dusun di Sabah yang bermaksud perempuan. (yang saya tau lah)

Namun, kebiasaannya Sabahan merujuk sumandak itu ialah "gadis dusun cantik"

Ya, saya setuju itu. Atukoi...

Sumandak di Sabah semua cantik-cantik. Bukan setakat cantik dari paras rupa, malah budi bahasa mereka yang sopan santun dan peramah menyokong lagi kekuatan maksud bagi perkataan "cantik" tersebut. Kebanyakan orang-orang dusun memang peramah kerana sudah menjadi adat dan kebiasaan mereka semenjak kecil lagi dalam komuniti mereka.

Hal ini telah menyebabkan ramai individu bukan sahaja dari Sabah malah seluruh Malaysia terpikat dengan kecantikan mereka ini. Mempunyai paras rupa yang putih melepak dan sentiasa melemparkan senyuman menambah lagi perasaan cinta terhadap mereka. Seperti juga gelaran "Perempuan Melayu Terakhir" yang popular dalam kalangan orang Melayu, di Sabah tampak simila…

Tarian Adai-Adai

Penghargaan
Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya memberikan kekuatan dan keyakinan dalam menghasilkan kerja kursus yang pertama ini buat hambanya yang super lemah dan serba serbi kekurangan.Dalam menghasilkan sesuatu kerja kursus ianya suatu proses yang memakan masa lama untuk membaca dan memahami serta menghayati setiap naskhah buku,laman web jurnal atau petikan-petikan ensiklopedia.Justeru dengan rezeki yang diberikan oleh tuhan iaitu kesihatan tubuh badan faktor utama kejayaan penghasilan kajian ini.Tidak dilupakan kepada Puan Sri Ningsih yang banyak memberi tunjuk ajar dan ruang masa kepada para pelajarnya dengan penuh dedikasi dan tauliah.Semoga tuhan akan memberikan kesihatan dan rezeki yang berlimpah ruah kepada puan.Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang membantu dalam penghasilan kajian ini.Terima kasih semua.
Setiap semester pelajar-pelajar tahun 1 Seni Kreatif (HA11) akan membuat kerja kursus di bawah kod kursus CA10103 Sejarah Tari yang di…

How to make Proposal Kembara

EJ10101 UMS SEJATI 1 ( KEMBARA )
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
LAPORAN PERKHEMAHAN KUMPULAN 2


TEMPAT : HUTAN SIMPAN KG LABAK, KINARUT
TARIKH : 9 OKTOBER 2009 - 11 OKTOBER 2009
PESERTA : PELAJAR UMS SEJATI 1 ( KEMBARA ) KUMPULAN 2
PENGIRING : TUAN HAMUDDIN TARINCANG DAN JURULATIH



ISI KANDUNGAN
BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Pendahuluan 2
2. Penyataan tujuan 3
3. Gambaran am 3
4. Objekti perkhemahan 4
5. Destinasi 4
6. Pelaksanaan
4
06.1 : Persediaan
06.2 : Peserta 4
06.3 : Urutan kejadian 5-9
06.4 : Pergerakan 9
7. Pencapaian perkhemahan 9
8. Pengajaran 10
9. Penutup 11
Lampiran 1 : Senarai ahli jawatan kuasa 12
Lampiran 2 : Aturcara aktiviti perkhemahan kumpulan 1 13-14
Lampiran 3 :Laporan Perbelanjaan 15-18
Lampiran 4 : Galeri 19 - 23




1. PENDAHULUAN

Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk memberi ahli-ahli kembara mengetahui lebih mendalam tentang kembara. Kehidupan dalam hutan yang serba kekurangan adalah tidak sama dengan kehidupan di luar …