Asam Aur/Arui

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dah lama jari ini tidak menari di atas papan kekunci.

Korang pa khabar? Saya ni rasa demam sebab lama tak menekan keyboard. Sibuk dengan cousin kahwin....dan bermacam-macam lagi.

Kali ini saya nak share sebuah buah. (Eh lain macam je bunyinya). Masa I tengok entri Miss Z 5 Buah-buahan yang patut kamu rasa, terasa nak share pula mengenai sebuah buah..(eh lagi sekali) yang kami panggil sebagai Asam Arui atau Aur. Buah ini berwarna merah dan isi berwarna putih. Bentuk dalamnya macam buah limau cuma bersaiz lebih kecil. Rasanya pula sangat manis. Amat sedap di makan begitu sahaja (manis ranum) atau di jeruk (masam). Kulitnya pula boleh dijemur untuk dijadikan asam yang dicampur semasa merebus ikan. Kulit yang sudah dikeringkan ini selalunya dipanggil asam keping. Kalau sudah, mari kita lihat gambar Buah Asam Arui.

Asam Arui
Asam yang muda juga masih boleh dimakan. Isinya juga manis. Jadi tak kira mentah ke, masak ke boleh dimakan. Cuma, buah yang masak agak bergetah dan menyebabkan gigi dan mulut menjadi kuning. Sebab tu, saya suka makan yang tidak terlalu masak. Tak berapa bergetah.

Ini merupakan contoh buah asam Arui yang masih mentah. (Nampak sangat tangan pucat semasa mengupas buah ini)

Ini pula contoh buah asam Arui yang sudah masak.

Beginilah cara untuk membelah buah asam Arui/Aur

Nenek suruh kupas untuk dijeruk.

Kata nenek, memang sedap dimakan dengan garam.

E'eh, sedaplah. Memang terbukti sedap apabila di makan dengan garam.

Kulit ini akan dijemur di tengah panas. Apabila kering ianya akan menjadi kehitaman.

Asam yang telah siap di proses. Kulit akan dijemur. Isinya akan di jeruk didalam balang. Jeruk menggunakan garam. Apabila dijeruk, isinya yang manis akan menjadi sangat masam.

Baiklah, sampai di sini dahulu entri kali in. Lain kali saya share lagi. Mau cari dulu gambar buah yang lain.

Sekian, terima kasih.

(^_^)





Ulasan

  1. ouh. sy tau ni buah. mama sy slalu guna ni buah dlm masakan. tp yg dah di jemur la. yg kering, hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya. dia la tu... sudah kering kami panggil asam keping..kamu sama juga ka? hehe

      Padam
  2. haha. sama la tu. ada pokok dia ni d blkg rumah, tp nda bbuah. hehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh ada di belakang rumah kamu....sedap tu buahnya manis kan

      Padam

Catat Ulasan

Terima Kasih atas komen yang anda berikan. Ianya amat berguna dan saya amat menghargainya.

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Adai-Adai

Sumandak!

Di Sebalik Potachips