Bisnes di bandar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semenjak sekolah lagi sudah mahu merasa tinggal di bandar. Seronok mendengar cerita rakan rakan yang bersahaja tentang kehidupan di bandar. Penuh dengan lampu lampu ketika malam, meriah dengan pelbagai aktiviti. Tidak seperti di kampung. Hakikatnya, kehidupan di bandar menuntut wang yang banyak.

Tinggal di bandar memang ramai orang. Ke mana sahaja berjalan pasti menyaksikan lalu lalang orang ramai. Jadi, pelbagai aktiviti perniagaan boleh dilakukan. Peluang perniagaan memang banyak. Namun, kita juga harus tahu bahawa ia juga mewujudkan persaingan yang tinggi.

Tidak dinafikan perniagaan memang berisiko. Tidak kira di mana. Malah, di kampung juga mempunyai risiko.

Apa yang penting adalah bagaimana kita mengurus diri. Banyakkanlah bersabar dan berusaha bersungguh sungguh.

Tanpa kecekalan, maka tiadalah juga perniagaan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Adai-Adai

Sumandak!

Di Sebalik Potachips