Hampir Menangis

Assalamualaikum dan salam sejahtera
Hampir menangis rasanya bila memikirkan tentang wang. Kenapa susah betul mahu mendapat pendapatan tambahan. Sedangkan orang cakap bila tinggal di kawasan urban, senang cari duit. Rupanya tidaklah semudah itu. Alamat balik kampung tanam jagung lagi bagus. Bidang pertanian nampaknya lebih menjamin untuk mendapat pendapatan lebih. Ada kawan sudah mula menanam lada. Pendapatan sebulan boleh tahan. Sedangkan kerjanya lebih enjoy berbanding makan gaji. Mulai dari hari ini, rasanya tertanam sikap untuk mencuba. Tidak kira lah apa natijahnya. Mesti mau cuba juga.
Dunia sekarang di hujung jari. Semuanya boleh diakses melalui internet. Cara cara dan ilmu yanp berkaitan perniagaan pun banyak.
Namun, masih juga tulang empat kerat ini tersungkur rebah dari berusaha. Akhirnya tinggal omongan kosong belaka.
Oleh itu, marilah kita sama sama meningkatkan soft skill masing masing. Majukanlah untuk diri, keluarga dan sesama manusia agar tercapai impian yang diimpi impikan selama ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Adai-Adai

Sumandak!

Di Sebalik Potachips