Dari Hujan Ke Lukisan

Berniaga Hujan


Bangun awal pagi menjual nasi lemak. Hari ni ada tambahan Nasi Kuning. Biasalah pagi-pagi yang bekerja tak sempat masak. Senang beli saja. Ada yang beli untuk di makan tengahari. Buka dari jam 6am-9am. Biasanya 7,30am dah habis makanan.

Nasi Lemak RM2 sahaja.
Nasi Kuning pun RM 4 sahaja

Menyelam Buku
Inilah aktiviti sihat yang menjadi kemarukan dalam diri ini. Dengan cuaca yang sedikit mendung aku pun pergilah bersiar-siar mencari kedai buku. Bolehlah dapat beberapa buku. Antara yang syok majalah ni:-



A L O N G Along. Macamana menggamit memori kan?

Beli Barang Jualan
Selepas penat bersiar-siar, aku pun pulang ke rumah kerana perlu membeli barang jualan bersama isteri dan anak tercinta. Tiba-tiba Cegu kol berkirim susu kambing. Akupun cakap boleh. Kebetulan memang nak ke Sunny Supermarket.



Penghantaran
Selepas semuanya sudah dibeli, kami pun pulang ke rumah. Hajat hati ini mahu berehat. Memandangkan cuaca semakin gelap, susah kalau gerak di dalam malam hujan. Aku teruskan perjalanan menghantar susu kambing.

dari bilik Cegu beralih ke bilik Prof
kemudian
Sifu datang

Tengah cerita, dapat messenger orang nak beli buku ni:-


Selain itu, dapat pula tiket tengok tarian antarabangsa di Penampang.

Paling syukur hari ini dihadiahkan lukisan ini oleh Prof. Terima Kasih Prof.



ALHAMDULILLAH
Tuhan Maha Kaya
(^_^)V

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Adai-Adai

Sumandak!

Di Sebalik Potachips