Festival Bagandang Beaufort 2016

Assalamualaikum.

Baru saja kelmarin update blog mengenai SIFF. Hari ni mengenai Pesta Bagandang Beaufort pula. Bagandang ini diambil daripada acara bermain alat muzik tradisi kulintangan. Selain itu berlangsung juga Beaufort Vintage Festival hasil usaha pengusaha-pengusaha bundle Beaufort. Inilah sebenarnya niat sebenar aku nak pergi. Mencari baju atau pakaian terpakai. Manalah tahu jumpa yang murah-murah.

Kami dah pergi, kamu sudah?

 
Sempat juga rembat Kebab Ayam dan Mickey Mouse

Meriah acara ni sampai tak sempat nak ambil gambar suasana ketika itu. Hihi. Pesta Bagandang tidak pasti bila tapi Vintage Festival ini berlangsung selama lima hari dari 27-31 Julai 2016. Kemeriahan ini diserikan lagi dengan persembahan dari kumpulan Khalifah. Abang (Vokalis) yang diketahui ramai berasal dari Kudat mengatakan bahawa kampung asal beliau juga dari Beaufort. Cuma, membesar di Kudat. Kumpulan Khalifah sekarang terkenal dengan lagunya 'Hang Pi Mana'. Abang sempat menceritakan sedikit mengenai penghasilan lagu tersebut.

 
Khalifah menyanyikan Lagu Cikgu Ayu
 
Oleh kerana anak sudah menangis, maka sebagai ibu bapa yang prihatin terpaksalah mengalah. Hanya sempat mendengar beberapa buah lagu antaranya Cikgu Ayu. Lebih kurang jam 11 malam kami bergerak pulang. Oh ya lupa kami tu adalah, Aku isteri dan anak, Mama dan adik-beradik.

Baik, nanti kita sambung. Mata dah mengantuk.

(^_^)v

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Adai-Adai

Sumandak!

Di Sebalik Potachips