Kembali Menulis

Assalamualaikum.

Apa khabar kepada mereka yang masih mengunjungi blogku ini. Sesungguhnya, blog ini bermasalah diserang virus. Entah aku pun tak pandai macamana mau menyelesaikannya.

Banyak perkara telah berlaku. Sebenarnya selama ni aku tengah sibuk menghidupkan kumpulan aktivis Tubal Chetak. Mencari bakat-bakat baru cerpen, novel dan puisi lalu diterbitkan menjadi buku. Alhamdulillah setakat ni sudah ada lima buah buku telah kami terbitkan. Masih dalam pemperosesan pula ada tiga manuskrip.

Semalam, baru lepas menghadiri majlis rumah terbuka DBPCS. Seronok juga sesakali dapat bertemu penulis-penulis mapan. Betul, dalam penulisan kadang kita bertekak tapi itulah di luar kita kawan. Professional.

Petang ni pula ada diskusi buku bersama Loq bukunya Lastik. Ingat temujanji kita jam 2 petang di Restoran Brunei Satay House Asia City.

Apa-apa pun nanti aku update aktiviti yang akan kami buat.

Aktiviti yang sudah dilakukan:-

1) Bedah buku
2) Diskusi Buku
3) Santapan Tubal
4) Bedah Lirik
5) Bongkar Ilmu
6) Malam Puisi
7) Festival Seni Tidak Mati

Oh ya, nanti kamu like page Sahabat Tubal dan add akaun FB Tubal Chetak. ok.

Wasalam.

(^_^)v

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Adai-Adai

Sumandak!

Di Sebalik Potachips