Sekadar Renungan: Ada Sesuatu Tentang Hujan


Ramai yang menikmati suasana selepas hujan. Ada yang dengan secawan kopi. Dan aku menikmatinya dengan sebuah kamera. Merakamkan suasana indah itu untuk dinikmati ketika terik. 

Basah. Semestinya. Selalu kita mengelak daripadanya. Tidak mahu terkena basahnya yang tidak menyelesakan.

Proses pemejalwapan membentuk awan. Kandungan wap tidak lagi terbendung, menjadi hujan. Menyegarkan hidupan bumi. Pepohon kelihatan lebih hijau dari selalu. Jalan seperti cermin menyerlahkan lagi bebayang alam. Gelisah ketika hujan tadi beransur hilang. Isyarat untuk melakukan aktiviti rutin. Ada sesuatu yang ingin disampaikannya. Tapi apa?

Jiwa yang diliputi radang kini diselimuti kedinginan. Itulah sebabnya aku selalu bertanya pada hujan, bila lagi kau akan datang? Tidak juga aku menginginkan hujan yang lebat selalu hadir. Sekadar ingin merasai seberapa banyak yang boleh, kenyamanannya selepas hujan.

Berbahagialah dengan hujan!

(^_^)v

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Adai-Adai

Sumandak!

Di Sebalik Potachips