Malam Hari Tiga

Salam.

Sumber: Kamera telefon Abg Naddin


Hari berlangsung lagi Malam Hari Tiga (MH3) di tempat biasa di salah sebuah restoran di Gaya Street. Betul-betul di bawah pejabat Abang Naddin. Program yang selalu diadakan jika ada kelapangan. Biasanya dimaklumkan oleh Ketua 1 IPS Abang Hasyuda Abadi.

Topik kali ini lebih berkisar kepada Mesyuarat Agung Tahunan IPS yang akan berlangsung pada 26 Mac 2017 ini di Sudut Penulis Dewan Bahasa dan Pustaka. Merombak semula ahli dan lantikan AJK baru.

Awal-awal saja perbincangan aku dan Abang Hasyuda mengenai Pegar dan Pagar. Kemudian, diikuti oleh abang Naddin dan Abang Rafi Harumin. Kemudian, datang Tn. Zuhri Alimin yang menunggu masa mengambil ibunya di KKIA. Datang pula Tn. Sanizam juga menunggu rakannya yang berjanji berjumpa di restoran yang sama.

Kemudian, perbincangan diteruskan dengan pemilihan tarikh dan aktiviti.

Pertemuan ini amat penting dalam kalangan ahli. Untuk membina semula semangat dan kesefahaman.

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Adai-Adai

Sumandak!

Di Sebalik Potachips