Mistery & Chemistry

Salam.

Apa yang aku nak tulis mengenai mistery dan chemistry ni bukan kepada maksud. Tapi mengenai foto.

Mistery
Aku suka mistery. Ia membuatkan jentera pemikiranku bergerak. Cuba untuk menyelesaikan persoalan. Walaupun kadangkala tak sampai habis pun. Betul. Ia sangat bagus untuk kepala aku bekerja.

Chemistry
Chemistry ni pula aku maksudkan tentang relation. Apakah hubungan antara cerita. Antara misteri dan misteri.

Aku nak kongsikan pendapat aku tentang dua perkara ini dalam penulisan. Penting untuk kita bermisteri dalam penulisan. Dan misteri itu perlukan chemistery. Jangan misteri saja ada tapi tiada pun kaitan dengan antara cerita. Tulisan yang baik bijak menggunakan segala alat untuk menggabungkan jalan cerita berjalinan antara satu sama lain. Kemudian setiap jalinan itu merupakan sebuah 'hint'. Boleh jawapan tapi pastikan hint itu lebih banyak dari jawapan. Barulah pembacaan menjadi seronok. 

Kemahiran ini tidak akan didapati dengan terus menulis. Memang benar melalui latihan penulisan akan menjadi lebih baik. Tapi ingat, ia hanya akan menjadi baik apabila anda kenalpasti kelemahan dan kekuatan penulisan anda. Tiada cara lain untuk mengetahuinya melainkan melalui kritikan. Jadi, sila pastikan karya anda banyak dikritik untuk anda banyak tahu kelemahan dan kekuatan anda. Ya, benar kita sendiri pun boleh menyemaknya tapi sejauh mana semakan yang kita buat sendiri itu akan memandu kita menjadi lebih baik? Sedangkan penulisan kita itu hidangan buat pembaca. Silakan. Hidangkanlah apa pun yang anda suka dan jangan mengeluh atau paksa orang untuk memakannya!

Bagaimana menjadikan hidangan itu lebih baik adalah melalui komen-komen orang. Kalau ia baik kekalkan. Kalau tidak baik buang terus dan minta cadangan penambahbaikan. Resepi inilah yang membezakan anda seorang penulis yang matang dan penulis yang kurang matang. Matang itu hanya berlaku apabila tulisan itu banyak betul perbincangan mengenainya.

Apapun, ini adalah pendapat saya sahaja. Silakan beri pendapat anda. 

'Blame me for what I did. Then, I 'll be more responsible for what I did.'

M I Fitri

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Adai-Adai

Sumandak!

Di Sebalik Potachips