Kisah Disebalik PotaChips

Kemunculan Potachips yang semakin viral dalam pasaran kini bukan setakat itu. Disebaliknya tersimpul sebuah cerita. Oleh itu, Potachips merupakan salah satu cara perkongsian kepada anda tentang kasih sayang seorang Ibu kepada anak-anaknya.



Dayang Seminah Bte Moksin merupakan seorang ibu yang bergitu hebat bagi kami sekeluarga.  Ayah kami juga Abd Aziz Bin Hj Ladzim merupakan seorang ayah yang paling bekerja keras. Tidak pernah kami 9 adik beradik dikecewakan oleh ayah ibu yang paling penyayang ini.

Pada setiap kebiasaan apabila sudah dewasa anak-anak pasti akan bekerja. Setiap kepulangan itulah kami akan dihidangkan dengan Kerupuk Padang (nama asal Potachips). Makanan yang sentiasa  ada ketika musim raya. Bermulalah kisahnya di sini. Kerupuk Padang akhirnya menjadi sebuah makanan wajib bagi kami 9 adik beradik.

Bukan senang kehidupan waktu itu. Namun, dengan penuh kesungguhan dan kasih sayang, ibu yang kami panggil mama tetap berusaha untuk menyediakan kerupuk padang. Ini semua dilakukan demi anak-anak. Peminat tegar pertama adalah kakak pertama kami Siti Fitriah Abd Aziz ( ini berdasarkan ingatan saya sendiri ketika itu). Kak Sitilah yang pertama sekali menyebutkan bahawa Kerupuk Padang merupakan makanan wajib!


Bukan senang nak menghasilkan Kerupuk Padang. Dan waktu itu cuma Mama saja yang pandai memasaknya.

Malam itu, tanpa memperdulikan penat lelah Mama mengupas, menggarut dan menggoreng sendiri. Aku waktu itu, baru selesai solat Terawih melihat seperti bercahaya. Penuh dengan kekaguman melihat pancaran sinar seorang ibu. Ingin membantu takut salah bikin. Akhirnya aku memutuskan untuk datang dan berbicara dengan Mama. Dengan harapan dapat membantu secara psikologi. Supaya Mama tidak mengantuk. Aku melihat waktu itu kentang masih banyak belum berkupas. Gatal juga hati mahu menolong, apakan daya waktu itu masih kecil. Tidak dibenarkan memegang pisau. Mama walau mata nampak mengantuk tetap menggagahkan diri untuk menyiapkan menggoreng. Ayah yang kami panggil Bapa pula adalah orang yang bertanggungjawab untuk memastikan keperluan keluarga sentiasa cukup walau dalam ketidakcukupan!


Jangan sesekali anda merendah-rendahkan usaha seorang ibubapa. Sayangilah ibubapa anda (kepada yang masih ada). 

Setelah itu, esoknya hari raya pun tiba. Aku melihat balang yang diisi dengan kerupuk padang habis drastically! Wah, betapa berpeluhnya Mama menyiapkan habisnya begitu cepat sekali.

Kini,

Kemudian, abang saya pun mencadangkan untuk mengkomersialkan Kerupuk Padang menjadi Potachips ini. Satu sebabnya adalah untuk menyebarkan kasih sayang seorang ibu ini kepada ramai orang. Setakat ini ia sudah meluas ke seluruh Malaysia. Banyak ejen-ejen yang telah dipilih untuk menyebarkan kasih sayang ini.

Sebarkan rasa kasih sayang ini kepada lebih ramai orang. Untuk mendapatkannya bolehlah ke Page Potachips klik sini. Anda boleh menghantar mesej atau menghubungi nombor yang ada di page tersebut.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Adai-Adai

Sumandak!

Di Sebalik Potachips