Samseng

Pensel yang ku letakkan di atas meja telah diambil oleh Agang anak buahku. Aku sengaja membiarkannya berbuat begitu. Sungguh berani dia memanjat kerusi yang tinggi itu untuk mencapainya. Umurnya baru sahaja mencecah 2 tahun tetapi semangatnya lebih tinggi dari orang dewasa. Sudah beberapa kali dia tersungkur, tetapi tak pernah putus asa. Hah, terasa lucu pula bila dikenangkan mengenai perkara itu. Remaja kini semakin lemah dan cepat putus asa. Terkena bencana sedikit sudah tak mahu lagi mencuba.
Remaja seperti lupa yang dia dahulu seorang yang gagah dan kuat. Semangat yang berkobar-kobar dalam diri mereka tidak boleh dilawan. Mana perginya semangat ingin mencuba itu? Adakah mereka berubah mengikut keadaan. Adakah kerana fizikal yang semakin membesar membuatkan mereka tidak dapat menampung lagi beban yang berat. Tiba-tiba kedengaran suara ibu saudaraku dari dapur memanggil-manggil Agang.
“Agang! Agang! Mana kau nak?” laung ibu saudaraku.
“Di sini Bu, Agang ada di sini.” Sahut ku.
“Oh disini rupanya si comel ni. Bermain dengan pakciknya ya. Tengok tu suka dia mengganggu pakcik yang tengah buat kerja.” Ucapnya kepada anak buah ku yang belum tahu mengerti atau tidak.
“Tidaklah bu, Agang tidak mengganggu saya pun. Saya tengah seronok melihat telatah Agang ni. Rasanya seperti kembali ke zaman kanak-kanak.” Balasku dengan senyuman.
“Mari pergi mandi,nak. Bau masam dah ni anak umi ni. Hari pun dah tengah hari. Lepas ni nak bawa ke klinik pula. Agang demam semalam, rasanya masih panas lagi tu.” Jelas makcikku.
Wah, baru aku tahu rupanya anak kecil tu demam. Hal ini telah membuatkan rasa kagumku membuak-buak kerana walaupun demam dia masih bertenaga. Aku tidak berasa puas hati lalu aku pun bertanya sekali lagi untuk mendapatkan kepastian.
“Agang demam ke Makcik? Macam tidak demam saja?” Tanya ku sengaja.
“Ya, Lan. Agang tu demam. Semalaman dia tidak tidur. Tetapi dia tidak menangis. Kesiankan dia.” Terang makcikku dengan nada risau memberiku kepastian.
Ya, memang ternyata Agang seorang yang kuat. Dia tidak tahu akan kesakitan yang dialami dalam mencuba sesuatu itu. Adakah dia tahu bahawa kita kena rasa sakit jika terkena sesuatu yang menyakitkan; ataukah dia tidak tahu kenapa dia harus sakit. Melalui pemerhatian ku ini, aku mendapat suatu pengajaran yang amat bermakna. Kita tidak boleh berasa sakit dalam berusaha. Walau sakit bagaimanapun kita tidak boleh patah semangat. Namun persoalannya, adakah aku boleh berbuat demikian. Apa yang aku tahu manusia ini merupakan hamba yang lemah. Atas alasan itu lah juga aku sentiasa lemah.
Selepas ibu saudaraku keluar membawa Agang keluar, aku terus membuka diariku yang kuletakkan di atas meja. Aku terus menulis semua yang berlaku hari ini. Aku berharap supaya aku sentiasa ingat akan keupayaan kita. Sudah banyak kata-kata semangat yang telah ku tulis dalam diari ini. Hampir beberapa helai lagi muka surat yang boleh ku tuliskan perkataan didalamnya. Rasanya sudah tiba masanya untuk aku membuka diari baru untuk kutuliskan didalamnya.
*Karyawan Negara
Keheningan malam membuatku rasa nyaman. Aku duduk seorang diri di beranda rumahku sambil meghisap sebatang rokok membenarkan driku berasa tenang seketika. Aku memikirkan akan kejadian hari esok. Bagaimana aku harus berlakon sebagai ketua yang hebat agar aku dapat ku menutup kelemahan dan ianya memerlukan strategi. Menjadi seorang yang kuat mestilah beperwatakan hebat! Itulah pegangan hidupku selama ini. Di dalam bilikku masih kedengaran bunyi televisyen yang aku pasang sejak tadi pagi. Lalu aku masuk menutup televisyen itu. Di bawah jalan raya aku terpandang sesosok tubuh sedang berjalan membawa troli. Sedangkan jam menunjukkan pukul dua pagi. Dia masih berjalan mencari rezeki. Aku tahu dia kelaparan sehingga tidak boleh tidur. Aku berasa terkilan.
Keadaan itu kulihat seperti sedang memberi aku peringatan. Jauh disudut hatiku berkata, aku umpama orang yang berkaki tidak bertuan. Setiap hari kesana kemari tanpa ada perancangan yang tetap. Aku juga merasakan bahawa langkah yang dimiliki orang tua itu lebih mulia daripada aku.
Tanpa membuang masa, aku terus mencapai diari yang baru kubeli petang tadi. Aku mencatat segala yang kulihat mirip format laporan. Seorang samseng pun kena ada laporan tau! Hahaha...tergelak rasanya bila mengenangkan ketua samseng pun mempunyai notanya sendiri. Bukan setakat nota, puisi pun telah banyak tercoret di dalam diariku ini. Memang sejak bersekolah di sekolah rendah lagi memang aku bercita-cita menjadi seorang misteri. Mahu menjadi seorang yang berkarya. Tetapi tidaklah mahu seperti karyawan Negara. Cukup sekadar menjadi penulis misteri dan karyaku akan dibaca dan dikongsikan bersama rakan-rakan yang lain. Ironinya, aku telah menjadi seorang perwira di alam gelap yang penuh dusta. Penuh noda-noda hitam menyelubungi setiap benak nafasku. Setiap hembusan adalah dosa yang tak boleh dimaafkan. Kesetiaan kepada iblis dan perhambaan kepada kemungkaran. Adakah ini sebuah karya tuhan yang tertulis didalam diari-Nya. Tuhan yang maha kuasa dalam menentukan semuanya. Aku manusia biasa yang tahu melakukan dosa.
Namun begitu, jauh disudut hatiku, aku ingin menjadi seorang yang berguna. Aku dah bosan dengan semua ini. Sekarang baru aku tahu akan keindahan syurga setelah diri diselaputi jubah syaitan. Syurga itu umpama masa laluku. Sangat jauh takku tergapai. Sehingga hembusan nafas terakhir. Mengapa Nasibku tak boleh diubah oleh diriku sendiri? Kenapa? Bagaimana? Tidak! Aku tak mahu menjadi ahli neraka yang tak setia. Aku mahu menjadi ahli syurga yang setia dari awal lagi. Dimanakah kekuatan tanganku yang menghayun buku lima ke setiap wajah-wajah benci? Diamanakah kekuatan kakiku yang menerjang setiap perut lapar? Dimanakah kekuatan jariku yang menarik picu membunuh jantung suci?
Saban hari hatiku semakin sakit mengenangkan orang-orang suci kubunuh dengan tidak ada unsur-unsur moral.
“Bila masa pula aku belajar moral? Aku kan belajar Pengajian Agama Islam di asrama. Bersama dengan rokok-rokok bahagia dan ‘Pembimbing Rakan Sebaya’ (PRS) kononnya. Seorang lagi berseluar merah betali leher merah membuatkan kami rasa tenang duduk.” Monologku dalam hati.

Beginilah hakikatnya menjadi seorang yang terpelajar dalam ilmu keduniaan. Sanggup melakukan apa sahaja asalkan puas tetapi sebenarnya tak puas-puas. Lebih rela mencari kepuasan nafsu tak berpenghujung daripada kepuasan masuk syurga yang hakiki. Setiap hari sudah mahu berhenti, tetapi imanku sehalus benang sutera yang putus tatkala di tiup bisikan syaitan.
“Lan, oh Lan. Mari tolong makcik pakaikan baju Agang ni. Susah sangat nak pakaikan, asyik bergerak saja dari tadi.” Panggil makcikku di bawah. Aku tersentak dari lamunanku.
“Baik makcik. Sekejap lagi saya turun.” Jawabku perlahan.
Aku pun menggapai tongkatku yang berada disisiku lalu mengangkat kakiku yang hanya tinggal cebisan daging dan sekerat tulang paha akibat hirisan samurai musuh. Sambil berdiri aku berasa sedikit marah kerana terkenangkan peristiwa itu. Namun begitu, aku sudah sedar akan kesilapanku sendiri. Inilah balasan tuhan yang maha adil dan saksama. Malah, kini aku lebih bersyukur dengan peluang kedua dan terakhir yang diberikan tuhan, untuk memperbaiki diriku sendiri. Aku akan bertaqwa kepada-Nya. Sesungguhnya dialah tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.
“Terima kasih Lan. Kalaulah kau tiada, susah makcik nak menguruskan dia ni.” Ungkap makcikku setelah selesai memakaikan baju Agang.
“Tak lah makcik, saya yang sepatutnya berterima kasih pada makcik kerana sanggup menumpangkan saya di rumah makcik, sedangkan saya bukan siapa-siapa pun dengan makcik. Kalau tak, mesti saya merempat kat tengah jalan tu menjadi pengemis.” Ujarku sayu.
“Jangan kau ungkit lagi perkara ini Lan. Makcik tak suka. Makcik bantu dengan ikhlas. Makcik dah anggap Lan macam anak makcik sendiri.” Marah makcikku dengan nada tegas.
Aku bersyukur ditemukan dengan makcik Halimah. Dia merupakan seorang ibu yang sangat memahami anaknya. Dia sangat baik melayan diriku dan orang lain juga. Kalaulah di duinia ini semua orang begini, mesti dunia ini aman. Aku dan makcik Halimah menuju ke dapur untuk menjamu selera. Suami makcik Halimah biasanya akan pulang larut malam dan kami akan makan dahulu. Beliau bekerja di Jabatan Air Sabah sebagai Operator Telefon. Kami hanya berjumpa pada siang hari sahaja. Suami makcik juga seorang yang baik dan peramah. Dia selalu membawa kami membeli-belah, bercuti, dan berkelah di tepi pantai. Jika ada acara atau keramaian, dia akan membawa kami ke sana. Dia jugalah yang sentiasa memapahku ke mana-mana tempat yang kami tuju; membuatkan aku berasa malu dengan diriku sendiri. Sudahlah hina, tak boleh melakukan perkara dengan sendiri. Aku juga agak terkilan dengan kebaikan yang ditunjukkan oleh keluarga Makcik Halimah terhadapku. Adakah ini nikmat yang tuhan telah beri kepadaku? Atau adakah ini suatu lagi ujian tuhan kepadaku agar aku menjadi insane yang berguna.

Coretan hina,
Acil

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Adai-Adai

Sumandak!

Di Sebalik Potachips