Surat kepada kawan : Kelip Mata

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kehadapan saudara/i disana. Semoga sihat hendaknya. Saya sihat walafiat syukur.

          Warkah kali ini bertajuk Kelip Mata. Aku saja mau bagi tajuk macam itu. Konon-konon eye catch la ye.  Sebenarnya Kelip Mata yang aku maksudkan bukan mata, sumpah bukan kelip mata. Begini ceritanya.

          Alkisah.....tayyiip... Maka tersebutlah kisah....toyyiiib...

          Untuk pengetahuan saudara/i pada cuti kali ini, aku ditugaskan oleh mama untuk hantar dan ambil adik ke sekolah. Sekolah itu bernama SM St. Paul Beaufort. Alah dekat jalan besar juga. Jadi, senanglah tak jauh sangat. Walaubagaimanapun, ketika berada di simpang sekolah tersebut, trafik sangat sesak. Pada mulanya, keadaan ini telah memaksa aku untuk mengeluarkan hikmat terhebat skill pemanduanku. Aku masukkan gear satu dalam standby. Kemudian aku press pedal minyak sesuka hati menjadikan kereta kupandu terhenjut-henjut sesuka hatinya juga pun. Lalu, aku pun nampak macam ada chance nak masuk tetapi sebuah kereta wira telah memecut dan memotong imaginasi ku tadi. Aku brek. Aku ready cuba lagi sekali dengan cara yang sama sesuka hati. Dapat lagi satu peluang, namun sebuah lagi vigo telah melanggar peluang keemasan itu. Fuh, susah-susah.

         Menguji betullah juga. Susah nak masuk simpang. Namun begitu, pada kali kedua dan seterusnya serta setiap kali nak masuk simpang, aku kena kelip mata. Bukan apa, kereta yang lalu tu kasi chance masuk sebenarnya. Supaya aku alert, dia pasang lampu keretanya dua kali. Aku pun buat-buat faham dan angkat tangan. Macam kenallah konon sebenarnya tak kenal pun. Aku masuk lah simpang tersebut dengan melemparkan senyuman mahalku walaupun aku tau si pemandu tu bukan nampak juga. Apa hal lah aku senyum. Maka, tersenyum sendiri lah nampaknya.

          Saudara/i, cerita ini bukannya nak tunjuk kecampinan ku bawa keta. Tapi nak tunjukkan betapa bagusnya budaya tolak ansur di jalan raya ini. Aku percaya dong kamu juga pernah mengalami situasi yang sama. Nah, aku beruntung deh, kerana dah berkali-kali dapat. Betapa bagusnya pemandu di kampung ku ini ya.

Aduh, lenguh dah tangan menulis. Bye. Tidur dulu ah.

Yang benar
(^_^)
Acil

Ulasan

  1. ehhe... bertuahnya badan ..

    p/s bersopan-santun la di jalan raya..

    seniormu
    Lina @ kak Lyn

    BalasPadam
  2. Ya kak lyn...baguskan budaya mcm tu...mengelakkan kemalangan

    BalasPadam
  3. patut la kucing ku mkn kuat mkn... ahahaha ^^

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima Kasih atas komen yang anda berikan. Ianya amat berguna dan saya amat menghargainya.

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Adai-Adai

Sumandak!

Di Sebalik Potachips