Lama dan Baru Bersatu di "Daerah Kecil"

Berbeza kali ini, pemuisi yang dipilih kebanyakannya otai-otai seni. Pengorbanan mereka dalam bidang perpuisian khususnya di Sabah terlalu besar. Ada yang pernah di halau, ditangkap, disoal siasat dan sebagainya.

Barisan pemuisi kali ini menampilkan Yatim Ahmad, Noa Vieza, Mas Siti, Mukmin Nantang dan Mat Conggo. Namun, olrh kerana berhalangan Mat Conggo tidak dapat hadir bersama. Kemudian diganti dengan Kak Myzan dan Siti Rahmah. Kehadiran Cikgu Noor Aisah Maidin memberi keunikan pada malam itu dengan penyampaian Syair dan Gurindam dari beliau.


Acara bermula dari jam 8 malam dan habis pada 10 malam dihadiri lebih 20 orang penonton.

"Kecil pada saiz tempat sahaja Fitri, namun besar maknanya...seni dan sastera di jantung ibu kota...memberi denyut nafas yang berbeza dan penggeraknya, anak-anak muda. Saya banggai kalian"

Begitulah kata Cikgu dalam Whatsapp mengenai aktiviti ini. Selain itu, Yatim Ahmad memberi maklum balas melalui facebook:

"...ia satu 'daerah' yang kecil, tpi besar maknanya. Saya pun takjub juga pengusaha sykt, Encik Jonathan Tse berminat terhadap sastera (puisi dan deklamasi). saya ingat pengusahanya bernama Encik Awang atau Encik Mat. Ia mengujakan, sekali muatan dalam tak sampai 20 audien, kalau di luar mungkin sampai 50 tetamu, namun ia berbaloi untuk mengerakkan puisi.
Saya nampak sdr Lokman juga. Ahli akademik juga pengritik sastera Sabah. Lupa minta dia baca sajak
Dan terima kasihlah kepada pemilik dan pengajurnya atas undangan kepada saya dan kawan2. Antaranya yang baharu sahaja tampil di khalayak seperti Massitimustika Dullah dan Noavieza. Manakala Timbalan Presiden Bahasa Siti Rahmah Ibrahim juga beri sokongan, Myzan Ezanyan dan penyair indie, Uking, manakala abang Mat (congo) tak dapat bersama kali ini kerana kesihatan tak mengizinkan.
Demikian kita mednapat persembahan daripada serikandi syair Sabah, Noor Aisah Maidin, juga menyampaikan gurindam. Saya rasa ini mesti dilakukan. Kita kena baca juga syair dan gurindam sebagai satu pengisian dalam mana2 acara deklamais sajak. Kalau sajak biasa sahaja, tidaklah lengkap tanpa syair dan gurindam.
apa yang kita dapati malam ini ialah adanya hubungan erat antara pengita sastera dengan pengusuaa perniagaan.
terima kasih daun keladi"

Begitulah menurut Yatim Ahmad. Beliau merasa terkejut sebenarnya dengan kesudian dan sokongan yang diberikan oleh pemilik Studio tersebut.

Acara ini juga didatangi oleh Jennifer Thompson merupakan satu nama besar dalam industri muzik. Beliau ada memberi sedikit ulasan melalui akaun Instagram beliau.




Apa-apa pun acara ini akan diteruskan setiap bulan. Kepada mereka yang mahu berpuisi hubungi saya 0168051710 -Din dan yang ingin mendapatkan tiket hubungi 016 2645756 - Aphik. Tiket berharga RM5 sahaja.

Jadi, apa kata anda lihat di tiang pertama di bangunan lama berdepan Suria itu. Apa yang ditulis di sana?

Wake Up Art Scene Sabah!

Catatan popular daripada blog ini

Tarian Adai-Adai

Sumandak!

Di Sebalik Potachips