Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2016

Tentang Karya

Berkarya memerlukan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Menggunakan pengaruh semasa sebagai bahan. Ia memerlukan kemahiran penelitian dalam. Mengetahui dan mengalaminya sendiri amat membantu. Jika sampai tahap tahu saja tidak mencukupi. Perlu dirasai sendiri oleh pengkarya. Barulah hasilnya nanti akan sampai dari hati ke hati audiens. Karya yang baik itu misteri. Belum ada satu definisi yang dapat memuaskan pemahaman semua. Penilaian yang dilakukan secara teks dan konteks. Jika melihat teks kita menilai cara penyampaian. Manakala konteks pula menilai kepada makna keseluruhan penyampaian. Teknik penghasilan karya pula dipanggil proses kreatif. Proses ini terlibat dari awal penghasilan karya, disampaikan dan pembaikan semula. Karya yang dihasilkan menjadi milik masyarakat apabila sudah diterbitkan. Namun, dalam proses ini merujuk kepada tanggungjawab pengkarya. Ia boleh memperbaiki semula karya sudah disampaikan. Sehinggalah pada tahap tepu. Keadaan tepu ini bukanlah menyebab