Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Bisnes di bandar

Sos Life Menghasilkan 26 Juta Botol Setahun!

Ada 12 jenama Makanan Malaysia yang terkenal di luar negara. Antaranya sos life. Siapa tak pernah makan? Eh mustahillah kalau tak pernah. Sedap pula makan dengan KFC. Rupanya memang terkenal juga di oversea. Wow! Tak sangka. Nak tahu lagi 11 jenama tekan sini atau klik gambar Jadi kepada pengusaha sos jenama tempatan jadikan rujukan. Ikut langkah Life. Sekali aku pernah makan sos lada putih masa ikut Pitch Borneo. Pergh sedap boleh pergi jauh.

Bisnes di bandar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semenjak sekolah lagi sudah mahu merasa tinggal di bandar. Seronok mendengar cerita rakan rakan yang bersahaja tentang kehidupan di bandar. Penuh dengan lampu lampu ketika malam, meriah dengan pelbagai aktiviti. Tidak seperti di kampung. Hakikatnya, kehidupan di bandar menuntut wang yang banyak. Tinggal di bandar memang ramai orang. Ke mana sahaja berjalan pasti menyaksikan lalu lalang orang ramai. Jadi, pelbagai aktiviti perniagaan boleh dilakukan. Peluang perniagaan memang banyak. Namun, kita juga harus tahu bahawa ia juga mewujudkan persaingan yang tinggi. Tidak dinafikan perniagaan memang berisiko. Tidak kira di mana. Malah, di kampung juga mempunyai risiko. Apa yang penting adalah bagaimana kita mengurus diri. Banyakkanlah bersabar dan berusaha bersungguh sungguh. Tanpa kecekalan, maka tiadalah juga perniagaan.