Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel sabar dan berusaha bersungguh sungguh

Shopping Raya Promosi 2017

Sumber: Astroawani Sudahkah Anda Shopping Raya? Sebenarnya, waktu perayaan sebeginilah kita kena shopping. Ada 6 sebab menurut laman web ini ( klik sini atau klik gambar ) yang menerangkan kenapa. Samada anda bersetuju atau tidak terpulang. Apa-apa pun ada kebenarannya juga. 

Bisnes di bandar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semenjak sekolah lagi sudah mahu merasa tinggal di bandar. Seronok mendengar cerita rakan rakan yang bersahaja tentang kehidupan di bandar. Penuh dengan lampu lampu ketika malam, meriah dengan pelbagai aktiviti. Tidak seperti di kampung. Hakikatnya, kehidupan di bandar menuntut wang yang banyak. Tinggal di bandar memang ramai orang. Ke mana sahaja berjalan pasti menyaksikan lalu lalang orang ramai. Jadi, pelbagai aktiviti perniagaan boleh dilakukan. Peluang perniagaan memang banyak. Namun, kita juga harus tahu bahawa ia juga mewujudkan persaingan yang tinggi. Tidak dinafikan perniagaan memang berisiko. Tidak kira di mana. Malah, di kampung juga mempunyai risiko. Apa yang penting adalah bagaimana kita mengurus diri. Banyakkanlah bersabar dan berusaha bersungguh sungguh. Tanpa kecekalan, maka tiadalah juga perniagaan.