Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2010

Kini

Orang tuaku pernah berpesan
Belajarlah nak
Ilmu itu sangat penting
Saat itu aku baru setahun jagung
Baru belajar bertatih
Belum berjalan

Ketika aku belajar merangkak
Keluar melihat dunia fana
Orang tuaku berpesan lagi
Belajarlah nak ilmu itu sangat penting
Lalu aku belajar
Teori dan praktikal
Rohani
Jasmani
Ilmu
Kusematkan di dada

Ketika aku sudah pandai berjalan
Orang tuaku berpesan lagi
Belajarlah nak ilmu itu sangat penting
Dan aku terus belajar

Kini
Aku sudah pandai berlari
Namun orang tuaku tak ada lagi
Akan kusinpan jauh di sudut hati
Pesan orang tuaku
Yang sangat bererti
Belajarlah nak
ilmu itu sangat penting

Susan Francis,

Cinta Kata

Ku renung indah bermadah
Ku dengar berbisik manja
Ku hidu semerbak kasturi
Ku rasa bahagia menanti

Walau ironinya,
Dipandang hina
Didengar bingit telinga
Dihidu berbau zina
Dirasa nyaman di dunia yang fana

Namun
Setelah kau dan aku bersatu
Mata memandang menjadi suka
Telinga mendengar kembali manja
Hidung menghidu bau syurga
Rasa hati senang sekali

Menjadi raja sehari
Mendirikan masjid cinta nurani
Sehingga akhirnya kita bersama
Tanpa ada bala menimpa

Acil,

Berbalik

Marilah sedari keikhlasan kita
Saat hati teguh menerima kenyataan
Uijan melanda kita syukuri
Sesiapa pun tak dapat menghalang

Jangan lagi keder
Berbalik la kita lorong kanan itu
Tersedia indah menggamit hati perasaan
Mengindah jiwa mekar di taman

Kerekau iman
Kerekau taqwa
Kerekau syurga
Kelekatu nafsu kita sembur dengan iman
Kibir diri kita taqwakan
Kepikunan Bumi kita teruskan ke Syurga

Jangan lagi menyereng ke simpang kiri
Padukan kemudi menghala ke jalan-Nya
Satukan hati ikhlaskan diri
Sampai jua kau berhenti
Dengan lancar dan senang
Menuju ilahi...

Acil,