Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2017

Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam 2017

Salam. Pada 24 Mac 2017 lalu aku mengikuti Ketua 1 IPS Hasyuda Abadi atau Haji Sukor Haji Usin ke Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam 2017 bertempat di Membakut. Acara yang kami ikuti adalah Nadwah Sastera Islam 2017 Bicara Proses Penulisan Sastera Islam. Selain kami, Abg Yatim Ahmad dan Suadara Adi Helmi juga turut sekereta. Mahrajan Sedikit tentang Mahrajan yang aku tahu. Pada awalnya ia di namakan sebagai Pengucapan Puisi Islam. Kemudian diubah ke Mahrajan Persuratan dan Kesenian Islam. Mahrajan bermaksud festival dalam bahasa Arab. Ia dianjurkan oleh JHEAINS bersama-sama dengan DBP Cawangan Sabah, BAHASA dan IPS. Disertai oleh negara Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura. Nadwah Sastera Islam Ini pula merupakan antara acara yang terdapat dalam Mahrajan. Kali ini ia membincangkan tentang proses penulisan Sastera Islam. Panelnya seperti S.M. Zakir, Jasni Matlani, dan Hasyuda Abadi. En Azroy bertindak sebagai moderator. Bertempat di Bongawan Borneo Golf Resort Membakut.

Mesyuarat Agung Ikatan Penulis Sabah Ke-27

Salam. Alhamdulillah selesai jua akhirnya berjalan lancar mesyuarat agung IPS ke 27. Dimulai dengan ucapan dasar Ketua 1 Hasyuda Abadi yang begitu bertenaga. Menyentuh semula hal-hal pada mesyuarat lepas untuk peringatan bersama. Paling utama itu adalah mengenai Bitara Sastera. Usaha yang digagaskan ketua 1 pada mesyuarat lalu betapa pentingnya membitarakan sastera khususnya dalam dunia persuratan. IPS yang sudah ditubuhkan 27 tahun ini menjadi antara salah satu persatuan yang sering disebutkan, jika membincangkan kelestarian sastera Sabah. Selain Badan Bahasa Sabah (BAHASA). Bezanya cuma pada pendekataan yang digunakan. IPS sesuai dengan slogannya Wasatiyyah Untuk Kesejagatan Sastera menggunakan pendekatah yang lebih minimalis. Namun, masih memberikan impak yang lebih besar dari usaha yang diungkayahkan. Melalui cara ini rasanya yang terbaik buat semua karyawan khususnya di Sabah dalam mencari pelapis baru dalam dunianya. Berikut merupakan senarai AJK terbaru yang dipil

Malam Hari Tiga

Salam. Sumber: Kamera telefon Abg Naddin Hari berlangsung lagi Malam Hari Tiga (MH3) di tempat biasa di salah sebuah restoran di Gaya Street. Betul-betul di bawah pejabat Abang Naddin. Program yang selalu diadakan jika ada kelapangan. Biasanya dimaklumkan oleh Ketua 1 IPS Abang Hasyuda Abadi. Topik kali ini lebih berkisar kepada Mesyuarat Agung Tahunan IPS yang akan berlangsung pada 26 Mac 2017 ini di Sudut Penulis Dewan Bahasa dan Pustaka. Merombak semula ahli dan lantikan AJK baru. Awal-awal saja perbincangan aku dan Abang Hasyuda mengenai Pegar dan Pagar. Kemudian, diikuti oleh abang Naddin dan Abang Rafi Harumin. Kemudian, datang Tn. Zuhri Alimin yang menunggu masa mengambil ibunya di KKIA. Datang pula Tn. Sanizam juga menunggu rakannya yang berjanji berjumpa di restoran yang sama. Kemudian, perbincangan diteruskan dengan pemilihan tarikh dan aktiviti. Pertemuan ini amat penting dalam kalangan ahli. Untuk membina semula semangat dan kesefahaman.

Hari Jadi Ke 88 Tan Sri P Ramlee

Salam. Sumber: https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/600x315/39/61/d8/3961d816bc363611348872d65de72040.jpg Semenjak kecil aku melihat filem-filem P Ramlee. Antaranya Laksamana Do Re Mi, Bujang Lapok, Laksamana Bujang Lapok, Ibu Mertuaku, dan Anakku Sazali. Antara lagu yang menjadi pilihanku dalam filem Anakku Sazali. Tiada kata secantik bahasa Untuk ku puji adinda Tiada gambar secantik lukisan Nak ku tunjuk perasaan Oh... dinda puspa gemala Mengharum jiwa Hmm... Oh... dinda puspa gemala Mustika kanda... Walau musim berubah Suasana bertukar Tapi ikatan mesra Sikit pun takkan longgar Tiada kata secantik bahasa Untuk ku puji adinda Oh... dinda puspa gemala Mengharung jiwa Hmmm... hhhmmmm Dinda puspa gemala Mustika kanda Namun musim berubah Suasana bertukar Tapi ikatan mesra Sikit pun tak kan longgar Tiada kata secantik bahasa Untuk kupuji adinda Satu lagi lagu Anakku Sazali sendiri. Anakku Sazali dengarlah Lagu yang ayahanda karangi Sifatkan lagu

Apa berlaku Kepada Ben Nathan?

Salam. Apa yang sebenarnya berlaku kepada Ben Nathan yang popular dengan lagu Stanza Sekeping Hati. Beliau ditipukah apa? Masih ingat lagu ni? Ku nyanyikan lagu syahdu Bila teringatkan mu Yang masih bertakhta di hatiku Ku nyanyikan lagu rindu Itu yang ku tahu Agar terluah resah membeku Kini… hanya impian yang nyata Tiada menjanjikan bahagia Segumpal harapan cita apakan sia-sia Namun ku masih meniti harapan Berarak awan kelabu Di pinggir penantian ku Namun derita jua yang menjelma Serak alunan suara Nyanyian rindu ku Rindu yang menggigit di jiwa ku Kini… berpelangi wajah duka Dan sepi bertamukan airmata Luka yang ada kau biarkan sahaja Sedangkan aku sakit menderita Ini pula video Datuk Dj Dave memujuk beliau kembali ke kehidupan normal.

Malam Puisi dan Komedi di Strum Central

Salam Banyak betul yang saya ketinggalan tulis. Semenjak haritu blog ni dijangkiti malware. Aku pun tak sebenarnya apa. Entri kali ni berkongsi mengenai Malam Puisi dan Komedi di Strum Central. Program ini diadakan sebulan sekali. Anjuran Macam Macam Music, Tubal Chetak dan Stand Up Comedy Borneo Group (SUB-G). Pengisiannya adalah Muzik, Puisi dan Komedi. Jika anda ada Facebook sila like page Macam-Macam Music  dan  Tubal Chetak  untuk makluman bila tarikh diadakan program ini. Salah satu usaha untuk menghidupkan seni khususnya di Sabah. Memberi ruang kepada semua orang untuk berdiri di pentas menyampaikan apa saja idea, seni dan passion anda. Semenjak dimulakan pada pertengahan tahun 2016 sehingga kini pelbagai karya seni yang sudah ditampilkan. Dari kemahiran bermain muzik, mendeklamasikan puisi dan Komedi Berdiri. Ada yang sudah berkongsi pengalaman mereka dalam bidang seni, membuka minda para penonton yang hadir. Ya, anda semua dijemput hadir untuk memberikan buah

Mistery & Chemistry

Salam. Apa yang aku nak tulis mengenai mistery dan chemistry ni bukan kepada maksud. Tapi mengenai foto. Mistery Aku suka mistery. Ia membuatkan jentera pemikiranku bergerak. Cuba untuk menyelesaikan persoalan. Walaupun kadangkala tak sampai habis pun. Betul. Ia sangat bagus untuk kepala aku bekerja. Chemistry Chemistry ni pula aku maksudkan tentang relation. Apakah hubungan antara cerita. Antara misteri dan misteri. Aku nak kongsikan pendapat aku tentang dua perkara ini dalam penulisan. Penting untuk kita bermisteri dalam penulisan. Dan misteri itu perlukan chemistery. Jangan misteri saja ada tapi tiada pun kaitan dengan antara cerita. Tulisan yang baik bijak menggunakan segala alat untuk menggabungkan jalan cerita berjalinan antara satu sama lain. Kemudian setiap jalinan itu merupakan sebuah 'hint'. Boleh jawapan tapi pastikan hint itu lebih banyak dari jawapan. Barulah pembacaan menjadi seronok.  Kemahiran ini tidak akan didapati dengan terus menulis

Mengapa Aku Tak Sambut Hari Puisi 21 Mac 2017

Salam semua. Hari ini dipercayai bahawa hari puisi sedunia. Sempena pertemuan penyelenggaraan UNESCO ke 30 di Paris, yang mengatakan bahawa hanya melalui puisi kita dapat memenuhi tuntutan estetika. Perkara ini aku baru tahu hari ini. Apabila heboh di netizen mengenai hari puisi sedunia. Jujur, aku memang tak pernah tahu pun hari puisi sedunia. Baru tahu hari ini, dan terus sambut? Tidak sama sekali. Aku hanya menyambut sesuatu yang memang aku ketahui. Jelas sekali aku sendiri baru mahu cari tahu (dan mungkin tak akan ambil tahu) mengenai Hari Puisi. Tapi, apa yang aku mahu cari tahu adalah isi setiap puisi itu. Apa yang ingin disampaikan oleh si pemuisi tadi. Itu lebih menjadi kepedulian utamaku. Silakan, sahabat-sahabat yang menyambut hari puisi. Ramai yang menghantarkan pesanan mengucapkan selamat Hari Puisi. Maafkan saya tidak membalas kerana saya tidak menyambutnya. Mungkin hari lain saya akan sambutnya. Bila sudah benar-benar tahu dan ada alasan sendiri mengapa say