Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Karya Seni

Sos Life Menghasilkan 26 Juta Botol Setahun!

Ada 12 jenama Makanan Malaysia yang terkenal di luar negara. Antaranya sos life. Siapa tak pernah makan? Eh mustahillah kalau tak pernah. Sedap pula makan dengan KFC. Rupanya memang terkenal juga di oversea. Wow! Tak sangka. Nak tahu lagi 11 jenama tekan sini atau klik gambar Jadi kepada pengusaha sos jenama tempatan jadikan rujukan. Ikut langkah Life. Sekali aku pernah makan sos lada putih masa ikut Pitch Borneo. Pergh sedap boleh pergi jauh.

Tentang Karya

Berkarya memerlukan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Menggunakan pengaruh semasa sebagai bahan. Ia memerlukan kemahiran penelitian dalam. Mengetahui dan mengalaminya sendiri amat membantu. Jika sampai tahap tahu saja tidak mencukupi. Perlu dirasai sendiri oleh pengkarya. Barulah hasilnya nanti akan sampai dari hati ke hati audiens. Karya yang baik itu misteri. Belum ada satu definisi yang dapat memuaskan pemahaman semua. Penilaian yang dilakukan secara teks dan konteks. Jika melihat teks kita menilai cara penyampaian. Manakala konteks pula menilai kepada makna keseluruhan penyampaian. Teknik penghasilan karya pula dipanggil proses kreatif. Proses ini terlibat dari awal penghasilan karya, disampaikan dan pembaikan semula. Karya yang dihasilkan menjadi milik masyarakat apabila sudah diterbitkan. Namun, dalam proses ini merujuk kepada tanggungjawab pengkarya. Ia boleh memperbaiki semula karya sudah disampaikan. Sehinggalah pada tahap tepu. Keadaan tepu ini bukanlah menyebab...