Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Best

Tarian Bubu Kajian Di Kg Weston

Pengenalan Tarian Bubu merupakan salah satu permainan tradisional yang terdapat di negeri Sabah yang mana telah diwarisi sejak zaman-berzaman oleh nenek moyang terdahulu dan masih lagi diamalkan oleh masyarakat pada masa sekarang. Tarian bubu juga dikenali sebagai tarian lukah oleh masyarakat setempat. Selain daripada itu, tarian bubu juga terkenal dalam kaum Bisaya dan Iban. Asal usul Tarian Bubu Tarian bubu pada mulanya berasal dari bangsa Kadayan Brunei. Tarian ini muncul selepas kedatangan Islam. Tarian bubu juga dikatakan berasal dari daerah Beaufort,Sabah iaitu dalam suku kaum Brunei,Bisaya dan Kadayan Tujuan Tarian Bubu Diamalkan Permainan tradisional ini diamalkan oleh masyarakat setempat adalah kerana mereka percaya bahawa tarian tersebut mempunyai fungsi dan tujuannya yang tersendiri di mana memberi kesan kepada golongan yang mengamalkannya itu. Antara tujuan tarian bubu ini dijalankan adalah untuk menghalau roh-roh jahat. Mereka percaya bahawa bubu tersebu...