Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2010

Si Tempang

Kita persembahkan tarian yang berbeza Di atas bumi yang sfera Menuju destinasi Nun jauh di sana Rentak kakimu Tidak seperti aku Laju dan pantas tetapi berliku Rentak kakiku Tidak seperti kamu Perlahan dan lambat tetapi lurus Kau akan tiba dahulu sebelum aku Kerna kau tabah mengharungi hidup Aku akan tiba kemudian selepas kamu Kerna aku tidak sabar mengalahkanmu Di garisan penamat Aku menjadi Si Tempang Engkau menjadi Si Gagah Kerna kau disayangi Tuhan yang Maha Esa. Acil

Meragut Bintangmu

Bintang itu tinggi Kami hanya mampu mendongaknya Dapatkah ia dicapai lalu digenggam Jika fizikal hanya sebesar zarah Tak berdaya melompat setinggi itu Dihadapan kelihatan sebuah tangga Tersusun megah menghiasi pentas dunia Tampuknya indah bersarat ilmu Ilmuan tersenyum menyambut tamu Tangan ditadah sebesar nyiru Kami datang berbekal harapan Tinggi menggunung setinggi puncakmu Anjunglah kami menaiki takuk-takukmu Untuk menggapai bintang yang satu Impian setiap insan bernama mahasiswa Mengapa perlu pandang ke bawah Kalau di atas tempat tujuan Tangga terakhir sudah didaki Mari tunaikan impianmu kawan Meragut bintang idaman Yang selalu hadir dalam mimpi-mimpimu Acil

Bulan Madu

Watak dan perwatakan: Awang : Seorang yang romantik dan pelawak. Bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta. Baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Mempunyai seorang isteri yang baik dan lasak. Sentiasa menepati masa dan bertolak ansur. Seorang yang berbangsa Brunei. Limah: Seorang wanita yang lasak dan mempunyai peribadi yang baik. Bersifat terbuka dan suka bergurau. Mempunyai seorang suami yang baik dan memahami. Berasa bahagia dengan kehidupannya sekarang. Sentiasa menerima dan member cadangan orang lain. Juga seorang yang berbangsa Brunei. Sinopsis: Awang dan Limah merupakan pasangan suami isteri yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Mereka sedang berbincang untuk berbulan madu. Awang mencadangkan supaya mereka berbulan madu di tempat-tempat menarik di Sabah, manakala Limah bercadang untuk berbulan madu di luar negara samada Thailand. Namun begitu, Awang tidak bersetuju dengan cadangan Limah kerana faktor-faktor kewangan dan keselamatan. Limah tetap dengan

Ha Dam II

Hadam Hawa dan Adam Kaulah pahlawan sejati Telah berjuang sejak azali lagi Di landasan luar garisan Tiada siapa pun mahu membelamu Walaupun, Jiwamu Hawa Tubuhmu Adam Kau tiba di dunia sehenti Tanpa setuju dari khalifah-khalifah bumi Tanpa izin bunga-bungaan mekar kau penghuni tegar Dimensimu penuh caci Menghambatmu sepenuh hati Dari kiri dan kanan Kerelaanmu menjadi hiburan setiap insan sempurna Kau dipijak bak sampah tak berguna Oleh makhluk bergelar manusia suci Luahan Hati, Acil

Pondan “U”

Aww...Aww Itu sajakah ejekanmu Itu sajakah gelaranmu untukku Itu sajakah bisikanmu kepada kawanmu Macam tiada saja ku mendengarnya Hai lembut Itukah cara sapaanmu Wah kerasnya kamu lembutnya aku Kamu orang kuat aku lelaki lembut Persetan kamu nak cakap apa Oi sotong Wah berbudinya salammu Geli aku mendengarnya Oh kamu kan manusia Aku haiwan Hah Apa sudah berlaku Kenapa si jantan tidak berkokok Kepaknya tak kembang Tajinya patah Di selangkah ke menara gading Acil

Kaki Kanan

Langkah demi langkah ke hadapan Menuju puncaknya disana Tiada rintangan yang menghalang Langkahmu semakin besar Jauh meninggalkan aku Aku di belakang mengekori Klimaksnya masih jauh, Kaki ku semakin lenguh Aku tetap mencuba berjalan Aduh aku terjatuh di sini Kamu semua dah pergi jauh Kenapa? Oh rupanya semua orang langkah kanan Aku langkah kiri. Bolehkah aku tukar kakiku? Ya boleh Bolehkah aku berlari ? Boleh Tak sakit kah kakiku nanti? Ya memanglah sakit Banyak onak duri ni Ah aku akan tetap akan terus berlari mengejarmu Acil

1500 Meter Di Atas

Mari kita memanjatnya Tinggi mana pun ia Jauh mana pun ia Panjatlah dengan caramu Kau yang berada diatas Menarik tanganku di bawah Aku teranjak sedikit Dari asalku Kau yang memanjat tinggi Aku bersangkut dibahumu Membawaku bersama biar pun penat Tanpa mengharap balasan dariku Kini, Kita hampir ke puncaknya Jangan lagi dipandang bawah Mari kita sama sama menggapainya Segulung ijazah yang bermakna Sebagai tiket masuk ke hidupmu Nukilan, Acil

Pencil

An angelic look, Was smiled at me, In the moments that my heart was blazed Sick of having sadness And an unstable soul My dead body Became strongly alive To deal with the hindrance “wrote with your sincerity” Was the magical word Now, You were not present here You were not by myside anymore Only a pencil was the last weapon I have To overcome all the barrier And defeat the obstacle Until I reach the culmination of victorious Pen Pal : Acil Summary: This poem was telling about love of a 12 years old boy with his teacher. He was mad with his parents because of shifting from his old school. His father was transfer to another school and he also need to come along. So that boy was unpleaseant with his new school until a beautiful teacher come and give him advice. The boy was falling love with his teacher! However he knows that the teacher will not be longer at that school. Then, before the teacher left she gave him a pencil and telling him to proceed his study

Mengenang Roman Muka Ibumu

Kau mencoreng arang di wajah ibumu, Membina istana kebinasaan Mencipta alat canggih Menghasilkan bunga beracun Yang kembangnya kematian Kau mencoreng arang di wajah ibumu Berzina didepan matanya Matanya yang semakin terlelap Sedih melihat perlakuanmu Sumbang di mana mana Kau mencoreng arang di wajahmu Ibumu Wajah ibumu kini terhakis Parah dilanda bencana kemanusiaan Puas memberi amaran Masuk telinga kiri keluar telinga kanan Kini, Ibumu semakin tua Tak berdaya memarahimu lagi Kau anak derhaka Tak mengenang jasa Tak mengenang budi Di dunia yang sementara Ingat! Syurga itu di bawah telapak kaki ibu Nama Pena : Acil