Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2016

Santapan Tubal Vol 3: Sanggup Meredah Hujan

Oleh: M I Fitri   Pada 2hb September 2016, bertempat di Laman Seni telah berlangsung satu aktiviti kemasyarakatan. Santapan Tubal. Kali ini disertai oleh Befrienders KK, Wakil Sekretariat Anak Muda Sabah, Tapuk-Tapuk, Persatuan Memanah Tuaran (betulkan jika salah), Belibacabuku, dan beberapa orang aktivis Sabah. Terima kasih juga kepada yang menyumbang dalam bentuk wang, Tapuk-Tapuk, Karma, Cikgu Syapie dan  Belibacabuku. Pengagihan kali ini melibatkan lebih 20 orang, 100 bungkusan makanan dan baju-baju terpakai, dipecahkan kepada tiga kumpulan. Ketiga-tiga kumpulan ini bergerak serentak dari Laman Seni menuju ke Jesselton Point melalui tiga laluan iaitu Centre Point, Gaya Street, dan Bandaran. Pengarah Program ini, Rusdin Simeran, mengucapkan ribuan terima kasih atas penglibatan semua. Berbanding sebelum ini yang hanya disertai oleh beberapa orang peserta menyukarkan pembahagian tugas. Beliau juga mengumumkan Santapan Vol 4 akan dibuat bulan hadapan. Cuma tarikh

Lama dan Baru Bersatu di "Daerah Kecil"

Berbeza kali ini, pemuisi yang dipilih kebanyakannya otai-otai seni. Pengorbanan mereka dalam bidang perpuisian khususnya di Sabah terlalu besar. Ada yang pernah di halau, ditangkap, disoal siasat dan sebagainya. Barisan pemuisi kali ini menampilkan Yatim Ahmad, Noa Vieza, Mas Siti, Mukmin Nantang dan Mat Conggo. Namun, olrh kerana berhalangan Mat Conggo tidak dapat hadir bersama. Kemudian diganti dengan Kak Myzan dan Siti Rahmah. Kehadiran Cikgu Noor Aisah Maidin memberi keunikan pada malam itu dengan penyampaian Syair dan Gurindam dari beliau. Acara bermula dari jam 8 malam dan habis pada 10 malam dihadiri lebih 20 orang penonton. "Kecil pada saiz tempat sahaja Fitri, namun besar maknanya...seni dan sastera di jantung ibu kota...memberi denyut nafas yang berbeza dan penggeraknya, anak-anak muda. Saya banggai kalian " Begitulah kata Cikgu dalam Whatsapp mengenai aktiviti ini. Selain itu, Yatim Ahmad memberi maklum balas melalui facebook: "...