Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Hari Bapa

Happy Fathers Day 2017

Ucapan selamat hari bapa ini khas ditujukan kepada semua mereka yang bergelar bapa. Buat anak-anak yang sedang bersama atau tidak bersama bapa. Biar jauh di mata tapi dekat di hati. Terutamanya aku ucapkan kepada Abd Aziz Bin Hj Ladzim yang berusaha menjaga kami 9 beradik. Dengarlah serangkap puisi buat Bapa. Heroku Telah berbunyi rapuh tulangmu telah menitis peluh sayangmu yang telah kau gunakan untuk sesuap nasi kami yang mangkukmu selepas makan cuma sehelai daun kenyangmu cuma segelas kopi Telah hadir rasa sayang selepas tidur kau selimutkan dengan rasa cinta pada keluarga Segarangmu sudah cukup menjadikan aku dewasa semarahmu sudah cukup untuk menjadikan aku seorang lelaki secebis katamu sudah mampu untuk kujahit menjadi baju melindungi diri dari ancaman dunia ini tanpamu aku lembut lalu hanyut M I Fitri 2017